Friday, October 29, 2010

Tanda Lelaki Sayang…

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Tuesday, September 14, 2010

BILA CINTA

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu


Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana


Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Friday, September 3, 2010

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Jika Aku Jatuh Hati

Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…
Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…
Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…
Amin ya rabbal alamin…

Monday, August 23, 2010

TAK RELA DI LUKAI

relakah aku terus dilukai
kerana berteduh kasih dihatimu
hati ini terus dikoyak
samakah ertinya
kasihku, kasihmu
kasih kita
jika benar seperti yang kau kata
dengan nilai ringgit atau dolar

mudahkah cintamu ditukar ganti
pabila ringgit mengambil tempat kasihku dihatimu
mestikah aku terus bertahan?

biarku pergi,
walau kasih tak pernah berhenti
kerana hati ini
tak rela dilukai.

Rindu ku pada NYA

Dan bulan tersenyum di bawah ranting malam
Membawa hangatnya rindu pada sang bintang
Sepoi angin di kegelapan
Mengusik nyanyian sang malam

Tahukah dalam kelam bintang kesepian
Sendiri berteman awan
Sesekali ia tulis syair malam
Melantunkan nada rindu pada sang bulan

Pada malam ia mengadu
Pada pagi ia merayu
Adakah bulan masih tersenyum
Layaknya sang bayi lelap di pangkuan ibunya

Hanya rindu yang dapat terukir
Di baris cahaya kunang-kunang M
alam gelap tanpamu...
Aku merindumu. (I miss you)

Wednesday, July 14, 2010

.: BENARKAN CINTA ITU MENYAKITKAN. :.

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Monday, July 12, 2010

Tue Story

Malam masih muda,
Namun kedinginan sudah terasa,
Ku cuba mengapai secebis selimut kasih darimu,
Namun aku sering gagal dalam usahaku...

Kudengar deruan pantai,
Jauh di sudut hati ini ku mengintai,
Namun segalanya kosong,
Ku cuba membina ruang dihatimu,
Untuk kita bersama lagi,
Namun yang ada hanyalah titisan air mata...

Jauh disudut sanubariku,
Ku melihat pohon pohon yang gondol berdiri kaku,
Jelaga cinta kita tidak besinar,
Irama, cengkerik, rerumputan...pun diam,
Semuanya bisu....tersentak akan apa yang berlaku.

Perjalanan cinta kita semakin sunyi,
Tiupan angin semakin kencang,
Merapuhkan ranting ranting yang tidak bermaya,
Meluruhkan dedaunan yang kering,
Ahh..betapa kejamnya.

Kucuba menahan......
Namun hanya sembilu menusuk hati ini,
Merobek setiap pembulu darahku,
Hingga aku terdampar didunia yang lain,
Kau sungguh kejam.

Mengapa tidak saja kau katakan,
Mengapa tidak saja kau ungkapkan,
Mengapa kau biarkan ku menunggu mu,
Mengapa kau biarkan ku mengharap,
Kau biarkan aku di alam permainanmu,
Yang penuh dengan dengan ranjau kepedihan.....

Kenapa....
Ketika kau bangun dari sandiwaramu,
Ketika itu kau akan sedar ketulusan cintaku,
Ketika itu juga kau akan tahu erti cinta sebenar,
Cinta agung yang kau hiris dengan belati tajam mu,
Cinta suci yang kau takkan temui lagi,
Cinta yang telah pergi buat selamanya...
Kerana mulai saat ini aku akan pergi jauh darimu,
Selamat tinggal ,
Ku relakan cinta kita berakhir sampai disini......

Wednesday, July 7, 2010

Dua

Dulu kita terpaksa
Akur dan mengalah kepada situasi
Segalanya suratan pedihnya ditelan

Dipisahkan lautan
Hilanglah khabar daku mengubah haluan
Walaupun daku sedar dan tahu
Tiada lelaki di dunia setanding mu

Tiba-tiba, tak diduga
Dikau berdiri di hadapan mata
Mengembalikan nostalgia, memori bersama
Membisu seribu makna, rahsia terbenam didada

Tak ku sedar sekali lagi
Ku jatuh hati dengan ketampananmu
Pada malam yang sempurna
Terpegun daku terpesona
Keanggunan lembut bicara
Kita berdua bagai rela
Jatuh cinta untuk kali kedua

Kehadiranmu
Di sisiku, disaatku perlukan
Ku perlukan teman yang setia

Melenyapkan delima yang melanda
Walaupun seketika kau bawa harapan
Sememangnya ku sedar dan tahu
Tiada lelaki didunia setanding mu

Tiba-tiba hati berdebar
Apabila mata bertentang mata
Detik romantis kini bersemi
Cinta dua hati
Mengerti tanpa berbicara, perasaan suci kita

Tak ku sedar sekali lagi
Ku jatuh hati dengan ketampananmu
Pada malam yang sempurna
Terpegun daku terpesona
Keanggunan lembut bicara
Kita berdua bagai rela
Jatuh cinta untuk kali kedua

Monday, July 5, 2010

Izinku Pergi

Sinaran Mata Cerita Segalanya
Duka Lara Terpendam Memori Semalam
Tinggal Segala Cinta Tiada Kembalinya
Abadi Kasih Kita Kau Bawa Bersama
Mimpi Indah Mekar Saat Cinta Bersemi
Sedetik Asmara Syurga Selamanya

Pergilah Rinduku Hilangkan Dirimu
Tak Sanggup Menanggung Derita Di Kalbuku
Pergilah Sayangku Bermula Semula
Semangat Cintaku Membara Kerana Dia
Tiada Niatku

Tersemat Jiwa Setia Bersamanya
Cinta Murni Berdua Beribu Tahunnya
Mimpi Indah Mekar Saat Cinta Bersemi
Sedetik Asmara Syurga Selamanya

Pergilah Rinduku Hilangkan Dirimu
Tak Sanggup Menanggung Derita Di Kalbuku
Pergilah Sayangku Bermula Semula
Semangat Cintaku Membara Kerana Dia
Tiada Niatku

Ohh Pergilah Sayangku Bermula Semula
Semangat Cintaku Membara Kerana Dia
Tiada Niatku

Maafkan Daku Duhai Kasih
Izinkan Ku Pergi

Friday, July 2, 2010

Memaafkan dan Melupakan Kecurangan

Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.

Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.

Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.

Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.

JANGAN BERSEDIH…

REMEMBER THAT, YOU DESERVE BETTER!!

Monday, June 21, 2010

TERHENTI

AKU SEDAR BILA TANPA DIRIMU
KURASAKAN DUNIA INI TERHENTI
LAMBAT, KAKU DAN TIDAK BERNYAWA

BAGAIKAN OTAK KU TERHENTI BERFIKIR
APA YANG PERLU AKU LAKUKAN
TANPA KAU DI SISI

RINDUKU BAGAI MEMBUNGKAM RAGAKU
MEMBUAT AKU TERHENTI UNTUK MENGHELA SEKALIPUN
JIWAKU SESAK...DAN KOSONG...

MENDENGAR SUARAMU BAGAIKAN TERHENTI NAFASKU
UNTUK KUDENGAR DAN MASUK TERUS KEJIWAKU
AGAR TIDAK TERGANGGU
AGAR KU TIDAK TERLEPAS DARI MENDENGAR SETIAP BUTIR BICARAMU

ANDAI TUHAN MENDENGAR RINTIHANKU
BERTEMUMU INGIN SEKALI AKU TERHENTI SELURUH MAYA INI
AGAR HANYA KAU DAN AKU MENIKMATINYA BERSAMA
AGAR MASA INI BEGITU PANJANG UNTUK KITA BERDUA SAHAJA

ADAKAH KAU RASA..TERHENTI SEGALA-GALANYA
BILA SUDAH JATUH CINTA

Monday, June 14, 2010

Kau Ada Dia

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa

Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.

Wednesday, June 9, 2010

Dia

Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi seingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terlarang oleh orang tua

Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya

Wednesday, May 19, 2010

MY BIRTHDAY


Assalammualaikum…..

Sudah lama aku tak buat coretan blog …bz dengan kerja dan kehidupan yamg serabut sikit..jumaat minggu lepas genap aku 28 tahun…terasa mcm tak percaya je..aku dah 28 tahun..hahahahah. apa2 pun aku ingin mengucap terima kasih pada kawan2 aku kat pejabat, kawan2 FB yg ucap happy birthday apa aku..mmng best..pada hari 2 aku dapat 3 slide kek yang berbeza dari kawan2 aku..thanks kak chom, farah n atie kek ur all bagi sedap..heheheeh. tgh hari BOS BESAR belanja makan kat RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL…sedap dan pose lagi dgn chef Ismail..




Sebelah petang nya aku sambut birthday aku dengan kawan aku di putrajata ( Alamanda ) kami tgk wayang citer Furry Vengeance..mmng kelakar citernya..dalam masa yg sama aku terima hadiah daripadanya..heheeheheh…mmng best aku keluar dgn “Abg Angkat” apa2 pun thank for everthing..kami dah kenal hamper 2 tahun..kalau tak silap tahun 2008 kami berkenalan..mak pun pernah jumpa dia..tapi dia dah kahwin..tak slah keluar dengan abg angkat .

Keesokkan hari nya aku ada bengkel taklimat kelas. Aku sambung belajar lagi sbb tak ada commitment pada sapa2 pun ..nak kata ada family sendiri tak jadi sbb tergantung tgh jalan..status pun tak tahu..nak kata single tak leh,,nak kata GF orng pun tak tahu..apa2 pun aku happy dengan kehidupan sekarang…sebelah petang aku g kenduri kawan kahwin kat bukit jelotong..mmng best kendurinya meriah..dan cantik pasangannya..aku bila lagi la….


Pada sebelah malam aku n budak2 uamh g tgk KONSRT AF8 kat Dewan Sri Putra, Bukit Jalil..mmng best tgk shahir gelek…daus n iwan cute nya,,geram pun ada…pada malam esoknya kami g lagi bukit jalil tgk DEBARAN KONSERT AF8…AIN yang keluar…huhuhuhu..selepas 2 kami stay lagi kat sana sbb kami tgk rakaman konsert AKIM AF7 dan bekas2 AF8..mmng best..kami balik kul 12.00mlm..apa pun hujung minggu yang happy..


Byeeeeee….jumpa lagi wartikah baru nanti…


Friday, May 7, 2010

Terima Kasih Kawan2 ku..


Semalam 1 TM di beri cuti..aku cuti n duduk kat umah je...aku kemas umah, basuh baju, basuh toilet....hingga tak tahun nak buat apa lagi..dalam kul 1.30pm aku g tgk wayang kat cap square sorang2 sedih sbb semua kawan aku kerja...akau tgk IRON MAN 2...best sesangat bestttttttt dan pada malamnya aku dan budak umah g putrajaya lagi..saja g menikmatai bihun yg aku goreang di putrajaya dalam masa yg sama celebrate birthday aku yang akan tiba minggu depan 14/5/2010 (jumaat)..aku , syikin & wani celebrate birhdy masing2 kat putrajaya...nasib malang sikit la semalam...tgh menikmati hujan trun plakkkk..huhuhuh sedihhhh...apa lagi kami berkemas dan berlari anak2 ke kereta...hujan sungguh lebat..kami pun apa tunggu lagi..balik je la..semasa dalam kereta syikin & wani buat kejutan pada aku...mereka bagi hadiah pada aku...terkelu dan tidak terkata apa2..mereka bagi hadiah beg..warna putih..cantik terjaru aku..apa2 pun aku ingin mengucap terima kasih banyak2 pada mereka..tak terhingga hati aku ini...


Aku berdoa minggu depan hari lahir aku ke-28 ceria selalu walaupun tahun ini aku sedih dan terkilan kerana tahun ni aku akan smbut hari jadi aku seorangan tidak mcm tahun lepas , di mana aku sambut dengan lelaki yang aku percayai dan kasihi dan syangi...rasa lain sbb aku ingat tiap2 tahun aku akan sambut dengan orang paling aku sayangi..tapi apa akan daya Tuhan Maha Essa. Tahun ni.. seorg lagi la....dok kat umah je la...apa yg aku hajati pada tahun ni tak dapat la...aku berharap sgt2 ada org bagi sejambak bunga ROS pada hari jadi aku...hmmm....anggaplah 2 semua mimpi..entah bila lah aku akan dapat semua 2..hanya bunga je...tak mgapa lah...( sedih pun ada)...


aku berdoa tahun ini aku akan dapat jodoh yang memahami akau dan tak tipu mcm lelaki2 yg aku kenali..aku tahu mak aku sedih kerana aku masih singgle tapi tahun lepas mak aku happy sgt2 kerana aku balik BF bakal menatu pada nya...aku dapat lihat pada wajah..di mulutnya hanya nama dia sahaja amak aku sebut..tapi aku tahu mak aku sedih sgt kerana jodoh aku dgn dia tak kesampaian kerana dia tipu family aku..hmm...tgh pujuk mak dia plak hilang ..entah ke mana dia hilang..hati mak OK dia plak tak OK..lelakiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii2

Apa2 selamat menyambut hari lahir ke -28 semoga panjang umur n murah rezeki n kahwin cepat ahahahahahahahahah

Penggunaan Perspektif Warna dalam Pemakaian Harian


Friday, April 30, 2010


Alahai…dah lama tak update blog..kalau tak silap..8/4 last aku update blog..apa nak jadi la..sowi..aku sibuk dgn kerja....Faham2 la..kerja banyak sekarang demi ISO..tapi alhamdullillah department aku dapat jugak pengiktirafan ISO..aminnn...Awal bulan april activity aku ialah, aku g Melaka bersama2 kwan aku..balik hari..penat jugak la..lps itu minggu seterusnya aku g KLCC ....Ada PC FAIR kat sana..ramai jugak la…aku g dgn sepupu ku..hmmm…minggu seterusnya aku g MYDIN kat summit USJ dengan housemate..g jalan2 sambil...Cuci mata.hahahahha…sebelum 2 kami g JLN TAR..g pasar malam nya pada hari sabtu..minggu seterusnya kalau tak silap hari isnin aku dan bdk umah g lagi mydin summit usj....G beli barang umah..mahal jugak la mydin berbanding TESCO..tapi ok la..besarrrrrrrrrr mydin…lps itu aku dgn bdk umah g beli tiket nak balik kampong..dah lama Tak balik kampong. Windu gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr….lps g beli tiket kami g makan kat restoran tepi tasik Bandar tasik permaisuri..ok jugak..siap makan2 n tak tahan syikin minum air bandung special…sedappppppp…tapi cian kat syikin hanya dia sorang tak dapat beli tiket sbb kaunter Tranasional tutup….lambat sikit je..dah tutup..tak mgpa..aktivity di sambung esok hari di manaaku dan syikin g Bandar kinrara g beli tiket kat sana..kat stesen minyak petronas lagi..walaupun pertama kali g sana…cekap jugak aku..jalan Bandar kinrara..time on d way balik ke KL kami sempat lagi singgah pasar malam..apa lagi JOM JLN2 CARI MAKAN..hahahahaha

Sebentar tadi kawan aku 1 pejabat bagi kad kahwin. Perkahwinan nya kat Melaka hujung bulan ni 29/5…hmmmm cemburu nya aku bila lagi..umur dah nak genap 28 tahun pada 14/5 ni ..tapi janji tinggal habukkk..geram pun ada pada mahluk Allah yang janji PARIA kat aku..janji tinggal janji…tak guna lelaki yang aku beri kepercayaan dan peluang yang banyak pada beliau..tapi apa aku dapat…apa2 pun aku doa dia bahagia dengan kehidupan dia..dan aku mahu bina dan bangkit semula dengan kehidupan baru ku selepas genap 28 tyahun nanti..KENANGAN TINGGAL KENANGAN ..APA PUN HANYA AKU, DIA & ALLAH tahu….Malam ni 11.15 aku balik kampong naik bas COSMIC..tapi alhamdullillah…kwn aku ambik n hanatq kat duta..save minyak kereta den…balik dari kampong ke KL dia ambik jugak..thank fort my frenz…apa2 pun doakan perjalanan aku selamat…



30/4/2010 10.40am


Thursday, April 8, 2010

Semoga bulan april membawa kebahagiaan pada ku..

Hari ni dan semalam ku rasa bahagia kerana orang ku sayangi, menyagangi ku..seperti sedia-kala..entah kenapa ku rasa bulan april, bulan membawa kebahagiaan pada ku..andai sinar mentari terlindung di balik redupan awanan yang berlabuh singkaplah tirai kasihmu agar bisa ia menyinarkan cahayanya untuk kita berdua. kesabaran ku menanti terbukalah pintu hati menyambut keikhlasan kasih seorang insane. ku terima dirimu yang istimewa yang ku pinta yang kuharapkan bahagia terus berkekalan janji mu kan ku ingat ku pegang ku mengharapkan ikatan kemesraan antara kita akan terlaksana jua walaupun impian dalam kekaburan ku yakin padamu

Friday, April 2, 2010

April Fool ....sudah 2 tahun jadi WARGA KL


april fooolllll.....semalam ialah april foollllll...dan usok 3/4/2010 genap saya jadi warga Telekom Malaysia ( kuala lumpur ), mcm tak percaya je....hehehehe dah 2 tahun jadi warga TM..mcm2 kenangan ada..kenangan manis, pahit, perasaan marah, sedih, kecewa, geram, semua ada. biasa la adat kerja, kalau tiada semua 2 tak best kerja... apa2 pun syok dok KL..heheheheheheh

Wednesday, March 31, 2010

Penutup Bulan March


Salam..

Dah lama tak update blog..byk keje..sesangat bykk..tapi tak mengapa demi penutup bulan march saya akan update jugak la..apa yang boleh kata banyak kenangan manis n pahit dalam bulan march yang saya tempuhi dan harungi..sedih,gembira, marah, makan hati, semua ada tapi biarkan lah saya yang telan semua 2. apa pun esok adalah april fool!!!!!!!kuih3!!!!! walaupun terlewat saya ingin mengucap Happy Birthday kepada KC, ALONG, KAK SUHAINI....semoga panjang umur dan murah rezeki , Taniah Shab konvo hari tu kat putrajaya...thank bagi akak pose maut baju konvo & bunga..(ye la..dapat jugak bunga hidup walaupun bunga tu bkn utk kita huhuhuh) dan saya serta kan gambar-gambar aktivity untuk akhir2 bln 3..apa2 pun selamat tinggal bulan March..i wait aprillllll what activity???