Friday, September 21, 2012

Shila Amzah dinobatkan Juara dalam Asian Wave 2012


Congratulation Shila! You made us proud!

Shila telah berjaya merangkul Juara Asian Wave 2012 yang berlansung di China semalam. Antara finalist yang bertanding adalah dari China, South Korea, India, Thailand, Singapore and Malaysia. Shila menyampaikan tiga buah lagu iaitu Gemilang, Grenade and Zheng Fu. Dia menjadi peserta favourite dikalangan peminat-peminat.

Juara dipilih berdasarkan Markah Juri-juri dan undian dari fans. Kebanyakan komen juri-juri bagus-bagus belaka and kalau kritik pon, kritikan yang membina. Actually, saya tak paham sepatah pon tapi kat youtube tu banyak orang tolong translatekan, so akhirnya pahamlah jugak. Saya hanya faham bila the Indian Judges beri komen coz she comment in English - nampaknya kena belajar mandarin la lepas ni :)

Anyway, semua judges beri sepenuh komitmen dan tidak bias serta tidak racism. Mereka sepakat memilih Shila kerana kualiti adalah keutamaan mereka. Thanks Judges! [Minwoo pon pilih Shila- melting]

Dengan ini, kita berjaya membuktikan bahawa walaupon bertudung, kita tetap boleh melangkah jauh ke persada antarabangsa as long as we are talented. Malaysia boleh!! Wah, lepas ni bertambah-tambahlah peminat Shila dari Oversea.