Wednesday, July 14, 2010

.: BENARKAN CINTA ITU MENYAKITKAN. :.

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Monday, July 12, 2010

Tue Story

Malam masih muda,
Namun kedinginan sudah terasa,
Ku cuba mengapai secebis selimut kasih darimu,
Namun aku sering gagal dalam usahaku...

Kudengar deruan pantai,
Jauh di sudut hati ini ku mengintai,
Namun segalanya kosong,
Ku cuba membina ruang dihatimu,
Untuk kita bersama lagi,
Namun yang ada hanyalah titisan air mata...

Jauh disudut sanubariku,
Ku melihat pohon pohon yang gondol berdiri kaku,
Jelaga cinta kita tidak besinar,
Irama, cengkerik, rerumputan...pun diam,
Semuanya bisu....tersentak akan apa yang berlaku.

Perjalanan cinta kita semakin sunyi,
Tiupan angin semakin kencang,
Merapuhkan ranting ranting yang tidak bermaya,
Meluruhkan dedaunan yang kering,
Ahh..betapa kejamnya.

Kucuba menahan......
Namun hanya sembilu menusuk hati ini,
Merobek setiap pembulu darahku,
Hingga aku terdampar didunia yang lain,
Kau sungguh kejam.

Mengapa tidak saja kau katakan,
Mengapa tidak saja kau ungkapkan,
Mengapa kau biarkan ku menunggu mu,
Mengapa kau biarkan ku mengharap,
Kau biarkan aku di alam permainanmu,
Yang penuh dengan dengan ranjau kepedihan.....

Kenapa....
Ketika kau bangun dari sandiwaramu,
Ketika itu kau akan sedar ketulusan cintaku,
Ketika itu juga kau akan tahu erti cinta sebenar,
Cinta agung yang kau hiris dengan belati tajam mu,
Cinta suci yang kau takkan temui lagi,
Cinta yang telah pergi buat selamanya...
Kerana mulai saat ini aku akan pergi jauh darimu,
Selamat tinggal ,
Ku relakan cinta kita berakhir sampai disini......

Wednesday, July 7, 2010

Dua

Dulu kita terpaksa
Akur dan mengalah kepada situasi
Segalanya suratan pedihnya ditelan

Dipisahkan lautan
Hilanglah khabar daku mengubah haluan
Walaupun daku sedar dan tahu
Tiada lelaki di dunia setanding mu

Tiba-tiba, tak diduga
Dikau berdiri di hadapan mata
Mengembalikan nostalgia, memori bersama
Membisu seribu makna, rahsia terbenam didada

Tak ku sedar sekali lagi
Ku jatuh hati dengan ketampananmu
Pada malam yang sempurna
Terpegun daku terpesona
Keanggunan lembut bicara
Kita berdua bagai rela
Jatuh cinta untuk kali kedua

Kehadiranmu
Di sisiku, disaatku perlukan
Ku perlukan teman yang setia

Melenyapkan delima yang melanda
Walaupun seketika kau bawa harapan
Sememangnya ku sedar dan tahu
Tiada lelaki didunia setanding mu

Tiba-tiba hati berdebar
Apabila mata bertentang mata
Detik romantis kini bersemi
Cinta dua hati
Mengerti tanpa berbicara, perasaan suci kita

Tak ku sedar sekali lagi
Ku jatuh hati dengan ketampananmu
Pada malam yang sempurna
Terpegun daku terpesona
Keanggunan lembut bicara
Kita berdua bagai rela
Jatuh cinta untuk kali kedua

Monday, July 5, 2010

Izinku Pergi

Sinaran Mata Cerita Segalanya
Duka Lara Terpendam Memori Semalam
Tinggal Segala Cinta Tiada Kembalinya
Abadi Kasih Kita Kau Bawa Bersama
Mimpi Indah Mekar Saat Cinta Bersemi
Sedetik Asmara Syurga Selamanya

Pergilah Rinduku Hilangkan Dirimu
Tak Sanggup Menanggung Derita Di Kalbuku
Pergilah Sayangku Bermula Semula
Semangat Cintaku Membara Kerana Dia
Tiada Niatku

Tersemat Jiwa Setia Bersamanya
Cinta Murni Berdua Beribu Tahunnya
Mimpi Indah Mekar Saat Cinta Bersemi
Sedetik Asmara Syurga Selamanya

Pergilah Rinduku Hilangkan Dirimu
Tak Sanggup Menanggung Derita Di Kalbuku
Pergilah Sayangku Bermula Semula
Semangat Cintaku Membara Kerana Dia
Tiada Niatku

Ohh Pergilah Sayangku Bermula Semula
Semangat Cintaku Membara Kerana Dia
Tiada Niatku

Maafkan Daku Duhai Kasih
Izinkan Ku Pergi

Friday, July 2, 2010

Memaafkan dan Melupakan Kecurangan

Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.

Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.

Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.

Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.

JANGAN BERSEDIH…

REMEMBER THAT, YOU DESERVE BETTER!!