Tuesday, June 11, 2013

Hati Busuk Hati Wangi

Assalamualaikum.

Hai. Hari ini mendengar lagi cerita orang yang ada masalah dengan orang yang banyak masalah dengan orang lain.

Ayat senang: Kawan-kawan saya yang ada masalah dengan orang hati busuk.
Yang hati busuk, ada je yang tak kena tentang diri kita pada mata dia.

Pada mata dia. Maksudnya pada pemikiran dia.

Kita tidak bertanggungjawab atas pemikiran orang lain terhadap diri kita.

Kita hanya bertanggungjawab atas diri kita dalam memberikan impression yang terbaik sesuai dengan diri kita yang sebenar.

Dalam menunjukkan impression paling baik kepada orang, kita kena ikut garis panduan yang Allah tetapkan, yang Rasulullah dah ajar. Kena beradab, jangan mengumpat dan sebagainya.

Kadang-kadang sudah penat kita menjaga hati orang, penat sudah kita berbudi bahasa tapi dia itu tetap perasaan dan impression negatif terhadap kita ini.
Kata orang buat baik berpada-pada. Buat baik sahajalah kepada dia walaupun dia nak memusuhi kita.
Jadi kalau kita buat jahat untuk membalas dendam kepada orang itu, kita akan memikul dosa perbuatan jahat itu dan mesti kena kira di akhirat nanti. Perbuatan jahat seseorang kepada kita takkan dapat menghapuskan dosa kita, tahu?
Firstly, kita buat baik kepada manusia yang busuk hati dengan kita bukan sebab nak dia mengubah persepsi buruk dia terhadap kita. Kita tak boleh ubah pemikiran orang, dan kebanyakan manusia tak sedar pun tentang pemikiran masing-masing. Yang boleh mengubah pemikiran itu hanyalah Allah. Jadi buatlah baik kepada orang lain atas dasar, Allah akan membalas balik kebaikan kita di akhirat.

Jadi bila kita buat baik, dia tetap buta hati nak menghargai kebaikan kita maka tak perlu risau. Maknanya dalam kepala dan hati dia ada virus yang membutakan hatinya. Bukan masalah kita, masalah dia.

Secondly, dia nak memburukkan kita... setiap tindakan kita adalah hasil daripada pemikiran kita. Otak kita yang keluarkan arahan untuk mengarahkan mulut bercakap. Jadi kalau mulut dia sibuk bercakap benda buruk tentang kita maka itu asalnya daripada masalah otak yang dia hidap.

Thursday, June 6, 2013

GEMPAR : JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG RUNTUH.........

Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi.

Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikuatiri menghimpap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.

Anggota keselamatan sedang giat menjalan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.

Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan. 

Sebuah kenderaan telah dihempap oleh runtuhan jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan kesemua 4 mangsa yang berada didalam kenderaan tersebut meninggal.


Tuesday, June 4, 2013

Pilihan Sendiri atau Pilihan Ibu Bapa???

Antara pilihan sendiri atau pilihan ibu bapa, yang mana satu pilihan anda?
Kisahnya bermula begini…

Dilema Si Amran

Saya ada seorang kawan. Saya namakan dia sebagai Amran, bukan nama sebenar.
Amran ni sedang mempunyai masalah dengan keluarganya. Dia ada seorang kekasih yang dia sudah kenal hampir 5 tahun. Dia berkenalan dengan gadis itu pun ketika mereka berdua bersama-sama menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya.
Amran sudah pun berbincang dengan pasangannya yang mereka akan melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun hadapan.
Tetapi, nak dijadikan cerita, Amran belum lagi berbincang dengan kedua ibu bapanya berkenaan majlis perkahwinan dia. So kiranya, yang tahu perancangan mereka ni hanyalah mereka berdua sahaja — si Amran dengan pasangannya (kita namakan sebagai Sofia).
Tetapi, ibu bapa Amran tahu yang Amran ni sedang berkawan dengan Sofia. Dalam diam, mereka juga mempunyai pilihan mereka sendiri untuk dikahwinkan dengan Amran.
Pada suatu hari, Amran berpeluang untuk mengusulkan niat dia untuk berkahwin dengan Sofia kepada ibu bapanya. Amran ingatkan ibu bapa setuju. Ye lah, sebab ibu bapa dia kan dah kenal Sofia ni. Tetapi malangnya, ibu bapa dia tidak berapa kenan dengan Sofia.
Namun begitu, ibu bapa dia ada kata, yang mereka tidak boleh halang Amran nak berkahwin dengan siapa. Cuma kalau boleh, mereka nak Amran kahwin dengan pilihan mereka sendiri.
Amran jadi serba salah sekarang ni. Kalau dia ikutkan hati, dia memang ingin berkahwin dengan Sofia. Tetapi…dalam masa yang sama, dia taknak kecewakan hati kedua ibu bapa dia yang telah membesarkan dia sejak dari kecil.
So sekarang ni, Amran dalam dilema samada ingin ikut pilihan sendiri atau pilihan kedua ibu bapanya.

Apa Kata Ustaz Azhar Idrus

Yang menjadi masalah pada Amran adalah dia takut jika dia pilih pilihannya sendiri, dia takut perkahwinannya tidak diresetui ibu bapa dan akan menjadi kucar kacir. Tetapi jika dia pilih pilihan kedua ibu bapanya pula, dia tidak berkenan dan tidak mempunyai ciri-ciri yang dia inginkan sebagai isteri.
Dalam situasi ini, sebagai seorang lelaki syarat untuk bernikah ada lima perkara. Iaitu:
  1. Calon suami (lelaki)
  2. Calon isteri (perempuan)
  3. Wali
  4. Saksi
  5. Ijab dan Kabul (akad)
Jika merujuk pada ceramah Ustaz Azhar Idrus di bawah, restu ibu bapa bukanlah syarat sah nikah. Malah disebabkan restu ibu bapa jugalah yang menjadi punca penceraian sebanyak 82% kes penceraian di Kuala Lumpur.
Jadi, tidak semestinya perlu ada restu ibu bapa dalam perkahwinan bagi lelaki. Kerana yang nak kahwinnya adalah si anak, dan bukan si ibu bapa. Malah kalau ikut restu ibu bapa pun, adalah sunat, bukannya wajib.
Tetapi bagi yang perempuan pula, jika bapa atau walinya tidak setuju, dia masih boleh berkahwin. Dengan syarat kena berwalikan dengan wali hakim. Itu perlu rujuk pada Mahkamah Syariah.
Jadi dalam situasi ini, segalanya terpulang pada si Amran. Dia boleh berkahwin dengan Sofia, walaupun ibu bapanya tidak restu sebab kalau ikut hukum Islam pun tidak perlu restu ibu bapa dalam perkahwinan.
Kalau dia nak kahwin dengan pilihan ibu bapa dia pun boleh, tetapi jangan merana sepanjang hidup kerana berkahwin dengan bukan pilihannya sendiri. Kena ingat, orang yang kita kahwin itulah yang akan kita tengok setiap hari, yang akan kita mengadap setiap masa sepanjang hidup kita.
Tepuk dada, tanya hati. Adakah aku ingin kecewakan hati ibu bapa aku, atau gembirakan hati mereka?