*Gambar untuk ilustrasi
Selamat petang semua...amboi berseri2nyaa memasing, ni saya nak kongsi resepi PENKEK yamg mudah dan yummy...PENKEK ni boleh dimakan dgn madu atau apa saja manisan yg anda suka sama ada coklat, mentega, butternute...mcm2 lg aslkan sedap....
Bahan-bahan:
a) 2 cawan tepung gandum / tepung serba guna
b) 2 cawan susu segar
c) 2 biji telur1 sudu besar gula
d) 2 sudu teh serbuk penaik( untuk mengebukan pancake)
e) 1/2 sudu teh garam
f) 1 sudu besar mentegasedikit esen vanila (kalau tak nak letak pun tak pe)
Cara-caranya ialah
1. Pukul telur dan mentega kemudian campurkan tepung gandum, gula, serbuk penaik,esen vanila , garam dan susu. Pukul sehingga sebati.
2. Gunakan non sticky pan dan sapukan sedikit minyak dan panaskan.( Kalau nak kurangkan kolestron leh guna minyak yg tak de kolestrol.. mcm minyak biji bunga matahari...kekeke)
3. Dan masaklah pancake anda... balikkan pancake tersebut setelah timbul gelembung² udara. Masak sehingga kekuningan...
Hidangkan bersama maple syrup/honey atau butter.
No comments:
Post a Comment