Tuesday, November 27, 2012

Hormati Dan Sayangilah Ibubapa Mu...


Assalamualaikum semua...Di manakah nilai-nilai kasih sayang kita pada kedua-dua ibubapa kita
tanpa mereka siapalah kita kerana merekalah kita lahir ke dunia ini..seorang ibu itu boleh membesarkan dan menjaga 10 orang anaknyatapi belum tentu seorang anak itu akan dapat menjaga dan menyayangiseorang ibu mereka...masih terdapat segelintir anak-anak yang mudah

melupakan segala jasa kedua-dua ibubapa mereka,setiap kata janji yang
dilafazkan pada ibubapa mereka hanyalah satu perbuatan yang akan melukai
hati dan perasaan kedua-duanya.

Begitukah sikap seorang anak yang dibesarkan oleh ibubapa mereka dengan 
penuh kasih sayang? mereka langsung merasa tidak memerlukan ibubapa mereka
lagi setelah mereka berjaya dalam hidup,begitu mudah sekali anak-anak melupakan 
pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dalam membesar dan mendidik mereka

Setiap ibubapa itu akan sentiasa memikirkan kesejahteraan,kebaikan anak-anak 
mereka, tidak sedikit pun terlintas di hati mereka untuk membenci anak-anak walaupun 
anak-anak mereka sudah melupakan dan tidak memerlukan mereka lagi.

Pada siapakah akan diletakkan kesalahan itu jika anak-anak tidak lagi menghormati 
ibubapa mereka dan tidak lagi menghiraukan mereka..?Walau belajar setinggi mana pun 
jika tiada restu dari ibubapa mungkin tiada keberkatan hidup yang akan mereka 
perolehi di dunia ini.

Setiap asuhan,didikan,kasih sayang semuanya telah diberikan pada anak-anak mereka 
dan setiap ibubapa akan merasa amat gembira bila anak-anak mereka mula meningkat
dewasa dan berjaya di dalam hidup mereka..Itulah harapan ibubapa ingin melihat
anak-anak mereka berjaya di dalam kehidupan mereka...

Tiada harta yang lebih bernilai yang dapat menggantikan kasih sayang dan tempat kedua-dua 
ibubapa kita di dunia ini..kita akan merasa kehilangan mereka setelah mereka sudah 
tiada lagi di dunia ini dan di saat itulah nanti baru kita sedar bahawa tiada sesiapa Jua 
yang dapat menggantikan mereka walaupun dengan berjuta-juta harta kemewahan 
yang mereka ada.

p/s sayangilah mereka ketika mereka masih hidup...

Tuesday, October 2, 2012

(Big Bang) Blue - Sungha Jung



(Big Bang) Blue - Sungha Jung


It's amazing how his fingers seems to just swiftly strum the guitar and make it look so easy....superbb ..i like so much...

Friday, September 21, 2012

Shila Amzah dinobatkan Juara dalam Asian Wave 2012


Congratulation Shila! You made us proud!

Shila telah berjaya merangkul Juara Asian Wave 2012 yang berlansung di China semalam. Antara finalist yang bertanding adalah dari China, South Korea, India, Thailand, Singapore and Malaysia. Shila menyampaikan tiga buah lagu iaitu Gemilang, Grenade and Zheng Fu. Dia menjadi peserta favourite dikalangan peminat-peminat.

Juara dipilih berdasarkan Markah Juri-juri dan undian dari fans. Kebanyakan komen juri-juri bagus-bagus belaka and kalau kritik pon, kritikan yang membina. Actually, saya tak paham sepatah pon tapi kat youtube tu banyak orang tolong translatekan, so akhirnya pahamlah jugak. Saya hanya faham bila the Indian Judges beri komen coz she comment in English - nampaknya kena belajar mandarin la lepas ni :)

Anyway, semua judges beri sepenuh komitmen dan tidak bias serta tidak racism. Mereka sepakat memilih Shila kerana kualiti adalah keutamaan mereka. Thanks Judges! [Minwoo pon pilih Shila- melting]

Dengan ini, kita berjaya membuktikan bahawa walaupon bertudung, kita tetap boleh melangkah jauh ke persada antarabangsa as long as we are talented. Malaysia boleh!! Wah, lepas ni bertambah-tambahlah peminat Shila dari Oversea.

Monday, August 27, 2012

SELAMAT HARI RAYA! Maaf Zahir & Batin


SELAMAT HARI RAYA! 

Maaf Zahir & Batin


Selamat Hari Raya buat semua teman-teman blogger yang disayangi..Tak lupa buat kawan2 yang membaca blog saya ini..

Dikesempatan ini saya nak pohon sejuta kemaafan dari semua andai ada bicara saya di sini yang menyinggung perasaan sama ada sengaja mahupun tak sengaja. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang khilaf.

Pada yang nak balik raya tu, drive safely ya. Jangan makan byk sgt nnti gemuk..hehehe..

Salam Sayang dari Kami sekeluarga...yg dh nak start kerja selamat berkerja...





  

Saturday, August 11, 2012

Malam Lailatul Qadar

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul
Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar
Kerana mulianya Lailatul Qadar, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya,
“Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu
Pendapat Ulama – Malam LailatulQadar
Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21
malam lailatul qadar tanda malam lailatul qadar

Sunday, August 5, 2012

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


      ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
                          " Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)"

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan Al Mubarak 2012


Setelah anak bulan puasa kelihatan marilah kita berazam supaya Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya kerana belum tentu Ramadhan tahun depan kita diberi peluang untuk bertemu.Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
  • Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih, Tahajjud dan Witir.
  • Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
  • Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
  • Memperbanyakan iktikaf di Masjid atau surau.
  • Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
  • Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
  • Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
  • Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
  • Banyakan sedekah.
  • Banyakan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
  • Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
  • Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.
  • Dan jangan terlupa zakat fitra.
Semuga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka tahun ini akan menjadi madrasah realiti yang terbaik untuk kita muhasabah diri menjadi hambah ALLAH SWT yang lebih baik untuk persediaan alam kubur dan akhirat yang entah macam mana bahagiannya untuk kita.

Mari kita berdoa semuga ALLAH SWT beri hidayah kepada mereka yang rasa terseksa dengan kedatangan Ramadhan tak kiralah yang tua atau remaja Islam yang lansung tidak berpuasa di bulan ramadhan.

Saya seisi keluarga pohon ampun dan maaf jika ada kata-kata yang salah, tulisan yang menyentuh hati,  janji yang terlupa, prasangka buruk antara kita dan apa sahaja yang menyebabkan kemarahan keluarga dan rakan yang jauh dan dekat. Semoga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka ini kita tidak menjadi orang rugi.

Tuesday, July 3, 2012

Wahai Sayang Yang Bukan Sayangku

Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?

 Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?

 Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?

 Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?

 Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?

 Untukmu ‘sayang yang bukan sayangku’, saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha menyalakan kembali ghirah ke-Islamanku yang sempat redup..

Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukku sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dariku. Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini. Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.


Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu. 
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara. 
Ya Allah Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.


 Betapa ku memohonkan kepada-Mu.. Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. 
Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini.


 **yg baik jadikan sempadan**

Wednesday, June 27, 2012

Perempuan GEMUK tak cantik ????

Hurm....aku sebenarnya dah tahu hal ini...selalu je org akan kata sebegitu. Perempuan GEMUK tak cantik. Even mereka kulit cerah, cute and bla bla so on..just only mereka gemuk, mereka dikatakan tidak cantik...YAHHH!!!!! persepsi masyarakat sekarang. Sebab itu, lelaki zaman sekarang suka perempuan yang cantik cun melecun je. hmmm sendiri fikir la...

Ada 1 Hari tu, aku berfikir  " kalau aku kurus mcm kawan2 aku..mesti cantik"... blink blink...
Bila di fikirkan, betul la tu, perempuan gemuk tak cantik..Mana ada lelaki suka perempuan GEMUK. Tengok la MR-X dulu..

Entah....akua nk jugak jadi kurus macam kawan2 aku yang badan ramping. But then, aku fikir, if aku kurus just nk kurus just only utk buat org kagumi aku, just only utk puji akua, aku rasa tak ada gunanya. Sebab ia bukan bagi kepuasan. Buat aku bertambah riak adalah....YAA aku seorang gadis CUbby..biar family aku yang nilai aku mcm mana ...cewahhhhh..That's 2 different thing..
Pernah juga ada seorang kawan yang suruh aku kurus badan just only utk suruh cari BofFrenz..Yaa she know that aku single. But then aku bangkang balik, asal pula nak cari BFrenz kenakan kurus badan. the she said lelaki suka perempuan yang kurus. Yang itu aku dah tahu. Dan aku dah tak kisah whatever lelaki suka perempuan kurus dan tak suka perempuan gemuk. sebab aku dah tak kisah dengan situasi nak cari BFrenz or kawen...kerana aku percaya pada Allah bahawa setiap umatnya akan di beri pasangan....bila kita ada niat & keinginan sungguh2 untuk menjemput jodohnya maka Allah akan kirimkan jodoh yg terbaik dari sisiNya. Jangan putus asa, tetaplah berikhitiar menjemput jodoh kita & memohon kpd Allah agar diberikan jodoh yg terbaik...amin...

Yaa..aku tahu aku tak cantik or kurus, but aku happy jadi diri aku. Mungkin akan ada suara-suara sumbang yang kata tentang ini dan itu tentang aku but then i'm just seing me. Aku tak sempurna, aku punya kekurangan berbanding kelebihan aku but yet aku yakin pada diri aku dan aku tahu di mana kekurangan & kelebihan aku....

Cute Baby Surprised

Saturday, June 23, 2012

8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

 2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

 3. Menghargai Wanita
yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
 Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
 Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
 Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
 Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona… Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

Thursday, February 9, 2012

RAHSIA DI SEBALIK BILANGAN KUNTUMAN BUNGA ROS

11 Roses
You are the one I love most in my life.

12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.

13 Roses
Secret admirer.

24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).

33 Roses
Saying "I love you" with PROFOUND LOVE.

36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.

44 Roses
Constant unchangeable pledge.

50 Roses
This is "Regretless Love".

56 Roses
My love.

66 Roses
Successful love affair.

99 Roses
Love with understanding makes love eternal.

100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple 'till ripe-old age.

101 Roses
No other love but you.

108 Roses
Please marry me!

111 Roses
Eternal love.

123 Roses
Free love.

144 Roses
Loving you day and night eternally.
365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.

999 Roses
Everlasting and eternal love.

1001 Roses
Faithful love, 'till forever

5 Hadiah Kesukaan Wanita Sempena Hari Jadi

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 khas kepada semua pembaca blog saya.

Yang bergelar lelaki, apakah hadiah yang biasa anda berikan kepada pasangan anda pada hari jadi si dia?
Well, memang selalu kita doakan agar si dia panjang umur, dimurahkan rezeki, dan sebagainya. Tetapi, apa maksud saya adalah, apakah benda atau barang yang anda berikan kepada si dia sempena menyambut ulang tahun kelahiran kekasih anda itu?

Jika anda masih blur blur, atau lupa, tidak mengapa. Di sini saya akan kongsikan dengan anda semua, lima hadiah yang paling disukai wanita sempena hari jadi mereka.

A) Coklat – Saya rasa jarang perempuan suka makan coklat ni. Alasan yang paling kuat mereka berikan adalah, takut gemuk. Mungkin coklat seperti Ferrero Rocher adalah hadiah yang paling sesuai untuk kategori coklat ini.

B) Bunga – Perempuan mana yang tidak sukakan bunga, betul? Walaupun sekuntum bunga ros diberikan kepada mereka pun sudah cukup buatkan mereka gembira terangkat terbang ke langit. Tetapi adakah anda tahu setiap bilangan kuntuman bunga ada maksudnya yang tersendiri?

C) Teddy Bear – Daripada kecil lagi, wanita dibesarkan dengan anak patung, dan juga teddy bear. Bagi mereka, teddy bear dapat mententeramkan mereka terutama apabila mereka dalam keadaan sedih, bersendirian ataupun ketika dalam ketakutan. Yang membuatkan teddy bear disukai wanita adalah kerana ianya gemuk, buncit, dan perutnya sedap dipeluk. Oh ya, saya pun ada berikan Mrs Teddy sebuah anak patung teddy bear yang buncit, dan gemuk. Tetapi sekarang ni perut teddy bear tu dah jadi kempis dipeluk oleh Mrs Teddy. E..ganas! Hehehe..

D) Jam Tangan – Bagi sesetengah orang, hadiah jam tangan adalah mahal. Tetapi mungkin dalam 5 atau 10 tahun sekali, kalau anda ada duit lebih, bolehlah belikan jam tangan kepada si dia sebagai tanda kasih sayang kepadanya. Kalau hendak jimat lagi, belilah jam tangan couple. Anda dapat satu, si dia pun dapat satu.

E) Buku (novel) – Perempuan memang suka membaca novel. Tipulah kalau ada yang mengatakan mereka langsung tak pernah membacanya. Buku seperti novel merupakan di antara hadiah yang digemari oleh wanita. Tetapi tidak semestinya novel sahaja yang boleh diberikan sebagai hadiah. Anda juga boleh berikan buku lain seperti buku keagamaan atau buku yang berinformasi seperti, Indahnya Hidup Bersyariat, dan juga Hebatnya Kuasa Istikharah.

Jadi, itulah di antara lima hadiah yang paling digemari wanita sempena hari jadi mereka.
Jika hari ulang tahun kelahiran pasangan anda semakin dekat, apa kata anda ambil salah satu daripada hadiah di atas untuk diberikan kepada si dia. Saya percaya si dia pasti akan teruja dan gembira sangat-sangat. Tetapi jangan sampai anda terkantoi ambil tips dalam artikel ini pulak, sudah la ye..

5 Jenis Lelaki Yang Anda Patut Putuskan Hubungan

1 – Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.

2 – Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.

3 – Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu.

4 – Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya.

5 – Lelaki yang anggap dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.

20 Tanda Apabila Lelaki Serius dalam Percintaan

couple-in-love




1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.