Assalamualaikum semua...Di manakah nilai-nilai kasih sayang kita pada kedua-dua ibubapa kita
tanpa mereka siapalah kita kerana merekalah kita lahir ke dunia ini..seorang ibu itu boleh membesarkan dan menjaga 10 orang anaknyatapi belum tentu seorang anak itu akan dapat menjaga dan menyayangiseorang ibu mereka...masih terdapat segelintir anak-anak yang mudah
melupakan
segala jasa kedua-dua ibubapa mereka,setiap kata janji yang
dilafazkan
pada ibubapa mereka hanyalah satu perbuatan yang akan melukai
hati dan
perasaan kedua-duanya.
Begitukah
sikap seorang anak yang dibesarkan oleh ibubapa mereka dengan
penuh kasih
sayang? mereka langsung merasa tidak memerlukan ibubapa mereka
lagi setelah
mereka berjaya dalam hidup,begitu mudah sekali anak-anak melupakan
pengorbanan
yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dalam membesar dan mendidik mereka
Setiap
ibubapa itu akan sentiasa memikirkan kesejahteraan,kebaikan anak-anak
mereka,
tidak sedikit pun terlintas di hati mereka untuk membenci anak-anak walaupun
anak-anak mereka sudah melupakan dan tidak memerlukan mereka lagi.
Pada
siapakah akan diletakkan kesalahan itu jika anak-anak tidak lagi menghormati
ibubapa mereka dan tidak lagi menghiraukan mereka..?Walau belajar setinggi mana
pun
jika tiada restu dari ibubapa mungkin tiada keberkatan hidup yang akan
mereka
perolehi di dunia ini.
Setiap
asuhan,didikan,kasih sayang semuanya telah diberikan pada anak-anak mereka
dan
setiap ibubapa akan merasa amat gembira bila anak-anak mereka mula meningkat
dewasa dan berjaya di dalam hidup mereka..Itulah harapan ibubapa ingin melihat
anak-anak mereka berjaya di dalam kehidupan mereka...
Tiada
harta yang lebih bernilai yang dapat menggantikan kasih sayang dan tempat kedua-dua
ibubapa kita di dunia ini..kita akan merasa kehilangan mereka setelah mereka
sudah
tiada lagi di dunia ini dan di saat itulah nanti baru kita sedar bahawa
tiada sesiapa Jua
yang dapat menggantikan mereka walaupun dengan berjuta-juta
harta kemewahan
yang mereka ada.
p/s
sayangilah mereka ketika mereka masih hidup...
No comments:
Post a Comment