Tuesday, November 27, 2012

Hormati Dan Sayangilah Ibubapa Mu...


Assalamualaikum semua...Di manakah nilai-nilai kasih sayang kita pada kedua-dua ibubapa kita
tanpa mereka siapalah kita kerana merekalah kita lahir ke dunia ini..seorang ibu itu boleh membesarkan dan menjaga 10 orang anaknyatapi belum tentu seorang anak itu akan dapat menjaga dan menyayangiseorang ibu mereka...masih terdapat segelintir anak-anak yang mudah

melupakan segala jasa kedua-dua ibubapa mereka,setiap kata janji yang
dilafazkan pada ibubapa mereka hanyalah satu perbuatan yang akan melukai
hati dan perasaan kedua-duanya.

Begitukah sikap seorang anak yang dibesarkan oleh ibubapa mereka dengan 
penuh kasih sayang? mereka langsung merasa tidak memerlukan ibubapa mereka
lagi setelah mereka berjaya dalam hidup,begitu mudah sekali anak-anak melupakan 
pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dalam membesar dan mendidik mereka

Setiap ibubapa itu akan sentiasa memikirkan kesejahteraan,kebaikan anak-anak 
mereka, tidak sedikit pun terlintas di hati mereka untuk membenci anak-anak walaupun 
anak-anak mereka sudah melupakan dan tidak memerlukan mereka lagi.

Pada siapakah akan diletakkan kesalahan itu jika anak-anak tidak lagi menghormati 
ibubapa mereka dan tidak lagi menghiraukan mereka..?Walau belajar setinggi mana pun 
jika tiada restu dari ibubapa mungkin tiada keberkatan hidup yang akan mereka 
perolehi di dunia ini.

Setiap asuhan,didikan,kasih sayang semuanya telah diberikan pada anak-anak mereka 
dan setiap ibubapa akan merasa amat gembira bila anak-anak mereka mula meningkat
dewasa dan berjaya di dalam hidup mereka..Itulah harapan ibubapa ingin melihat
anak-anak mereka berjaya di dalam kehidupan mereka...

Tiada harta yang lebih bernilai yang dapat menggantikan kasih sayang dan tempat kedua-dua 
ibubapa kita di dunia ini..kita akan merasa kehilangan mereka setelah mereka sudah 
tiada lagi di dunia ini dan di saat itulah nanti baru kita sedar bahawa tiada sesiapa Jua 
yang dapat menggantikan mereka walaupun dengan berjuta-juta harta kemewahan 
yang mereka ada.

p/s sayangilah mereka ketika mereka masih hidup...