Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Wanita Sedunia-8 Mac 2013



assalamualaikum..
Selamat Hari Wanita kawan-kawan. Moga kite makin sabar, tabah dalam menghadapi likuliku hidup sebagai seorang wanita.. tak kire la kite wanita bekerjaye ke.. pelajar wanita ke.. surirumah wanita ke.. hahaha.. da suri rumah wanita pulak.. asalkan kite adelah wanita.



Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. 

Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya. 

Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga kita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki.


Pesanan untuk wanita Sempena Hari Wanita Sedunia
1. Buangkan ‘perasaan’ lemah, mudah menyerah ‘helplessness’. Sifat-sifat pergantungan.
2. Anda seorang Wanita! Mulia! Amat berguna! Amat diperlukan!
3. Anda mempunyai ‘kuasa’ untuk melahirkan, menghidupkan, mendidik dan membentuk. Ya anda berkuasa!
4. Suara mu mungkin ‘soft’ perlahan, tetapi ianya membawa tujuan dan matlamat yang ‘besar’
5. Bahu mu mungkin tidak sekuat mana, tetapi ianya ‘BERUPAYA’ menanggung segala bebanan sebuah keluarga dengan penuh Rela.
6. Sekiranya Wanita tidak wujud di dunia semua ‘wang’ didunia tidak akan ‘bererti’ ‘no meaning’.
7. Menjadi seorang wanita, amatlah berat tugas dan peranannya. Kerana secara prinsipnya anda mesti berurusan dengan ‘lelaki’.

Wahai Wanita ku hargai diri mu! 
Jaga maruah mu.
Kuatkan Iman mu.
Pertahankan hak asasi mu
Perbanyakkan ilmu dan amal mu
Nescaya diri mu diberkati dunia dan akhirat. 
Wahai Wanita ku hargai diri mu! 
Jaga maruah mu.
Kuatkan Iman mu.
Pertahankan hak asasi mu
Perbanyakkan ilmu dan amal mu
Nescaya diri mu diberkati dunia dan akhirat. 



No comments:

Post a Comment