Monday, May 20, 2013

Teduhan Kasih


Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.


Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Sedikit Sinopsis dari kulit Novel
Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak. Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Petikan - petikan yang menarik dalam novel ini.Pengakuan Suaminya meruntuh jiwanya"Abang memang betul-betul sayangkan Ayu," kat Ryzal lagi dlaam nada paling menjengkelkan. Seperti aku ini bodoh benar dalam hendak memahami maksudnya ehingga harus diulang-ulang setiap perkataan itu. Apakah hanya kerana aku berdiam diri bermakna aku bodoh? Tak faham apa yang berlaku? Aku hanya mahu mengumpulkan kekuatan yang sudah hilang sebauk sahaja Ryzal dan Ayu datang bersama tadi."Jadi , Iffa ni siapa buat abang?" Aku tanya Ryzal dengan berani. Air mata mula jatuh. Bukan sedikit rasa kecewaku pada saat ini. Aku benar- benar kecewa mendengar pengakuan Ryzal. Sudah tidak tertanggung rasanya. Ryzal hanya membatukan diri selepas itu. Tidak berkata apa mungkin sukar untuk memberi jawapan jujur. "Siapa Iffa buat abang?" Aku ulang sekali lagi pertanyaanku denan nada sedikit lagi. Smabil air mata sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi. Luruh semuanya membasahi pipi. Sekilas aku memandang Ayu yang hanya membisu sejak tadi. Aku lihat Ayu seperti berusaha melarikan wajahnya dari menjadi tatapan marahku."Maafkan abang , Iffa. Abang tak boeh berpisah dengan Ayu. abang tak pernah rasa begitu bahagia seperti abang rasa sekarang ini. Waktu abang bersama Ayu, abang benar-benar bahagia. Abang tak boleh lepaskan rasa bahagia abang begitu saja bila abang langsung tidak rasa bagahia bersama Iffa. Abang fikir...." Ryzal pandang wajah Ayu. Masa itulah Ryzal pegang tangan Ayu. Sakit hatiku bukan kepalang lagi. "Kita bercarai saja!" kata Ryzal kemudiannaya.

Iffa sebatang kara, tiada saudara mara, dalam terpaksa dia terpaksa menumpang dirumah Mak tirinya setelah diusir oleh Ryzal."Mana lagi dia nak pergi, mak. Dia ni bukannya ada saudara mara lain. Dari kecil tk nak mampus. Sudah beasr tak habis-habis nak menyusahkan orang. Ni siapa pula yang nak tanggung makan  dia?" Kak ong menyindir bersama wajahtidak senang. Aku tahu kak long bakal mengeluarkan kata - kata kesat lagi. Sungguh, aku cuba tidak mengambil hati dengan apa yang yang bakal emak dan kak long hamburkan. Aku perlu bertahan demi kandunganku tetapi perasaan aku bukanlah daribatu atau kayu. Sedikit tidak tentu aku terasa."Siapa lagi kalau bukan aku. Habislah duit aku nak pergi umra," rungut emak. Wajah emak menampakkan kebencian yang amat sangat."Sekejap saja mak. Lepas Iffa bersalain, Iffa janji, Iffa akan cari rumah lain. Iffa nak menumpang masa Iffa mengandung saja, sebab Iffa terpaksa." balasku perlahan. Benar-benar meraih simpati. Ke manalah mahu membawa diri kalau emak halau aku."Baik kau gugurkan sajalah anak kau tu. Budak tu dah dikira bawa sial, tahu tak. Elok saja mengandung mak bapak bercerai berai. Nanti entah apa sial lagi yang menimpa. Aku tak mahu sial anak kau tu masuk ke dalam rumah aku ni," kata emak lagi.Hancur perasaanku mendengar kata-kata emak. Tergamak emak lafazkan perkataan sial. Bukankah setiap anak itu adalah anugerah Tuhan? Bermakna yang emak sumpah itu adalah pemberian tuhan.

  Dalam Iffa menanggung kesakitan datang Hamba Allah membantu dengan niat yang Ikhlas dan menyambut kelahiran baru. "Puan, kenapa ni?" tegur seorang lelaki bila aku sudah terduduk. Sudah tak tertanggung rasa sakitnya. Datang tiba - tiba."Saya sudah mahu melahirkan anak, tetapi teksi tak mahu berhenti" Jelasku sambil berusaha menahan kesakitan."Kalau begitu saya hantar puan ke hospital sekarang," kata lelaki itu , menawarkan diri. Aku sudah tidak boleh menolak tawan lelaki tersebut. Aku benar-benar terdesak. Sekarang ini siapa saja yang sudi menghantar aku ke hospital , aku terima saja. Dia pimpin tanganku dan bawa bersama beg pakaianku ke keretanya. Didudukkan aku di kerusi belakang. Waktu itu aku berharap sangat, janganlah aku tumpah darah. Habis kotor kereta dia nanti."Suami puan mana ? Nak saya hubungi dia?" soal lelaki tersebut sebaik sahaja memandu.
"Tahniah, baby lelaki," kata jururawat sambil menghulurkan bayiku kepada lelaki yang bernama Ehsan itu.

Mensyukuri rahmat Ilahi memberi kebahagiaan yang lama didambakan.
"Harap akan tinggalkan kenangan indah juga buat mama Adam. Papa in lelaki yang tak tahu apa-apa. jauh sekali nak jadi lelaki yang romantis seperti idaman mama..." Ehsan bersuara setelah agak lama kami tidak bercakap. Terus aku pandang wajahnya dan senyum. 


Mensyukuri rahmat Ilahi memberi kebahagiaan yang lama didambakan.
"Harap akan tinggalkan kenangan indah juga buat mama Adam. Papa in lelaki yang tak tahu apa-apa. jauh sekali nak jadi lelaki yang romantis seperti idaman mama..." Ehsan bersuara setelah agak lama kami tidak bercakap. Terus aku pandang wajahnya dan senyum. 


Mensyukuri rahmat Ilahi memberi kebahagiaan yang lama didambakan.
"Harap akan tinggalkan kenangan indah juga buat mama Adam. Papa in lelaki yang tak tahu apa-apa. jauh sekali nak jadi lelaki yang romantis seperti idaman mama..." Ehsan bersuara setelah agak lama kami tidak bercakap. Terus aku pandang wajahnya dan senyum. 

Mensyukuri rahmat Ilahi memberi kebahagiaan yang lama didambakan.
"Harap akan tinggalkan kenangan indah juga buat mama Adam. Papa in lelaki yang tak tahu apa-apa. jauh sekali nak jadi lelaki yang romantis seperti idaman mama..." Ehsan bersuara setelah agak lama kami tidak bercakap. Terus aku pandang wajahnya dan senyum. 


Ayu yang tak puas meruntuhkan kehabagiaan yang dibina. kini Iffa nekad untuk mempertahankan.

Ayu yang tak puas meruntuhkan kehabagiaan yang dibina. kini Iffa nekad untuk mempertahankan.


"Kita pergi ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur ya," kataku lagi.
Waktu itu sakitku sudah sampai ke puncaknya. Sakit sangat - sangat sudahnya aku menjerit.
"Puan, Sabar dulu. Ingat Tahun!" kata doktor yang bertugas. Aku terus memegang tangan lelaki itu. Minta sedikit kekuatan.

Mensyukuri rahmat Ilahi memberi kebahagiaan yang lama didambakan.
"Harap akan tinggalkan kenangan indah juga buat mama Adam. Papa in lelaki yang tak tahu apa-apa. jauh sekali nak jadi lelaki yang romantis seperti idaman mama..." Ehsan bersuara setelah agak lama kami tidak bercakap. Terus aku pandang wajahnya dan senyum. 
"Abang nak bawa Iffa ke mana ni?" soalku.Tidak mahu berteka - teki terlalu lama.
"Rahsia," jawap Ehsan sambil tersenyum.
"Iffa tak nak pergi langkawi." Terus aku membuat peemintaan.
Ah! Senangnya mendengar bicara Ehsan. Sambil itu aku pandang juga wajah Ehsan yang tenang. Tiba-tiba Adam merengek.
"kenapa merengek ni? Papa bawa kita berjalan pun nak mengada.Merengeklah, karang papa tinggalkan kita kat tepi higway tu, nak?" Aku soal Adam. Air mata Adam sudah berjuraian. Comelnya dia. Terus aku peluk erat. Namun Adam tak sedah merengek.

Ayu yang tak puas meruntuhkan kehabagiaan yang dibina. kini Iffa nekad untuk mempertahankan.

"Dia sekarang sedang berbulan madu di Pulau Bali. Kami sudah tak ada apa-apa hubungan lagi" Aku tak mahu berselindung. Biarlah lelaki yang sedia membantu aku itu tahu kedudukan sebenarnya. Kalau tidak dijelaskan begitu.Dia mungkin tidak tahu kenapa aku harus bersendirian menghadapi saat-saat genting ini. Dia sendiri yang bertanyakan tentang suamiku, jadi aku perlu memberikan jawapan yang jujur. Tak ada apa - apa yang perlu dirahsiakan lagi.
"Oh! Maaf," katanya perlahan dan terus memandu. Aku cuba bertahan . Tetapi sakityang mendatang tidak mampu aku tahan lagi. " Aduh! sakitnya...." Aku merintih.
"Sabar puan. Keadaan jalan raya agak sesak ni." Lelaki itu memujuk aku. 
"Ya, saya tahu!" jawapnya. Betullah tu. Mustahil pula dia nak hantar aku ke hospital mata! Ya Allah, kenapa dalam keadaan begini aku masih lagi tidak tahu bersyukur dengan pertolongan orang?
" Puan tak nak hubungi keluarga puan?" soalnya lagi.
"Semua alhi keluarga saya sedang bercuti ke Langkawi!" Aku beritahu dia.
"Oh!" katanya pelahan. WAktu itulah aku dengar telefon bimbitnya berbunyi dan segera dia hawap. " Saya minta cuti hari ni. Semua kerja saya, minta En. Fuad tolong uruskan.Batalkan semua temu janji saya," katanya dengan tegas.
"tak, tak . Saya tak balik ofis hari ni. Saya cuti satu hari!" tegasnya lagi sebelum perbualan mereka berakhir.
"Encik, saya minta maaf sebab saya sudah menyusahkan encik," kataku sambil menahan sakit. Waktu itu aku rasa cukup bersalah. Aku sudah menyusahkan lelaki yang aku sendiri tidak kenal.Mungkin ketika ini, kehadirannya ditempat kerja lebih penting.
"Tak adalah. Jangan fikir apa-apa" katanya lagi. Aku tahu dia sekadar menyedapkan  hatiku.
" Sakit sangat!" rintihnya perlahan.
"Saya tahu," katanya dengan perlahan tetapi aku tahu dia juga tidak tahu apa-apa. Dia sekadar hendak memujuk aku. Mungkin dia fikir dengan kata- katanya itu, kesakitan yang aku tanggung akan berkurang. Tidak! sikit pun tidak berkurungan bahkan aku rasa lebih sakit lagi. Inikah ujian yang harus aku tanggung? Segala kesakitan sudah aku rasatetapi rupa-rupanya sakit untuk melahirkan anak, adalah yang paling sakit. Jadi aku sudah tidak sakitnya bila cinta dan kesetiaanku dikhianati oleh suami dan sahabat baik sendiri.
" Jangan bimbang, saya ada" katanya lagi. Sekadar mahu memberikan aku sedikit kekuatan, mungkin. Dalam pada itu, aku sempat melihat pas kerja yang tergantung didadanya. Ehsan. Namanya Ehsan. "Terima kasih!" ucapku bersama linangan air mata. Dia pegang erat tanganku sambil tersenyum lagi. Waktu itulah aku meran sekuat- kuatnya. Berkali- kali sehinggalah aku terdengar suara seorang bayi menangis. Sesaat seperti segala kesakitanku hilang begitu saja.

"Emmmm, sekarang pun papa adam dah romantis, betul tak Adam?" Aku cakap pada Adam kemudiannya. Kembali menatap wajah Adam dengan perasaan dengan kasih yang tidak terucap lagi. Dialah nyawaku, Syurgaku juga kehudupanku. Sebentar kemudian aku toleh melihat wajah Ehsan semula.
"Oh! Te ke ? sukanya papa..." Ehsan senyum sambil pandang aku. Sesungguhnya aku terlebih suka. Ehsan terus memandu. sepertinya menuju kearah utara. harap jangan ke Langkawi. Aku tidak mahu mengintai sama sekali kenangan di tempat itu. Tidak mahu sama sekali. Cukup menyakitkan hati. Kerana bimbang Ehasan membawa aku ku sana, tergerak mulutku untuk bertanya.
"Hisy! Tak adalah. Takkan abang nak bawa Iffa ke situ.Hilang ingatan ke abang nak bawa ke tempat yang pernah Iffa pergi bersama bekas suami Iffa," kata Ehsan lagi.
Aku senyum pada Adam,tapi sebenarnya senyuman itu aku hadiahkan untuk Ehsan. Senang hati dengan penjelasan Ehsan. Bermakna ida memahami perasaanku. Ya, sejak mula Ehsan memang cukup memahami.
"Jangan bimbang, abang tak akan buat benda yang akan membuatkan luka Iffa berdarah kembali. Abang nak Iffa gembira selalu dan rasa bahagia bersama abang."
" Setakat ini Iffa memang gembira hidup bersama abang. Iffa rasa selamat. Terima kasih bang, kalau Iffa terlupa ucapkan terima kasih."
"Janganlah macam tu. Kita bukankah sudah menjadi pasangan suami isteri? kenapa harus nak berterima kasih."
"Adam Ehsan, Faham cakap mama ke tidak ni?" Terus aku sebut nama penuh Adam. Adam masih begitu.
"Syang, kenapa ni? Tak biasa ke?" Ehsan pula yang pegang tangan Adam bila rengekan Adam tidak berkurangan.
" Dia lapar agaknya" teka Ehsan.
"Baru tadi dah menyusu. Takkan nak menyusu lagi," balasku.


" Dah lama kau tunggu aku?" solaku sambil memandang wajah Ayu. Ayu sudah tidak serupa Ayu yang dahulu. Rambut Ayu nampak kusut dan wajahnya juga seperti tidak terurus dengan baik. Sudah tiada kesan alat solek pada wajahnya. Menampakkan lagi kusam majahnya.
"Hmmmm..."
"Ehsan beritahu aku, kau dah berhenti kerja.Kenapa tiba-tiba berhenti kerja?" Soalku sambil duduk diatas kerusi berhampiran. Ayu nampak kurang senang bila aku mengajukan solan itu.
" Apa lagi yang Ehsan beritahu kau?"
"Semua"
" Semua?" Jelas Ayu begitu terperanjat dengan perkataan semua itu. Jadi dia fikir Ehsan jenis yang suka berahsia.
" Ehsan Bukan Ryzal, Ayu. Satu pun perangai Ryzal tak ada pada Ehsan. Jadi kau ingat Ehsan akan berahsia dengan aku? Dan kau ingat semua lelaki seperti Ryzal?" aku tentang wajah Ayu. Awajah sahabat yang tidak sudah- sudah membuat onar dalam kehidupan.
" Kau berhenti sebab perkara ni , bukan? sebab kau gagal guda Ehsan . Ayu apa yang kau cuba lakukan sebenarnya? tidak cukupkah kau rampas Ryzal daripada aku dan sekarang kau nak rampas Ehsan pula?"
Ayu seperti tidak boleh bersuara. Terkunci mulutnya hendak membalas  semula kata-kataku.
" Apa sebenarnya yang nak lagi? Kau nak lihat aku menderita? kau sudah nampak bukan , aku pernah menderita disebabkan perbuatan kau dan Ryzal. Tidak cukup lagikeh Ayu?" solaku betalu.
"Untuk kali ini saja, Iffa. Tolonglah aku. Aku nak Ehsan. Aku betul-betul mahukan dia. Aku sudah jatuh cinta pada Ehsan." Akhirnya Ayu bersuara juga.
"Jadi kua ingat dengan merayu begini aku akan serahkan Ehsan kepada kau begitu saja? Kau ingat aku tidak jatuh cinta pada Ehsan? Kau ingat aku tak sayangkan Ehsan?"
Ayu diam.
"Sebenarnya kau bukan jatuh cinta pada Ehsan, Ayu Kau hanya mahu melihat aku menderita. Sama yang pernah kau lakukan kepada Ryzal. Kau tak jatuh cinta Ryzal sebenarnya. Kau semata-mata dengkikan aku."
" Tidak. Kali ini aku benar-benar jatuh cinta terhadap Ehsan. Berilah aku peluang sekali ini saja Iffa. Aku merayu sangat-sangat kepada kau."
"Kau ingat Ehsan akan mencintai kau?'
"Asal kau lepasakan dia."
"Tidak sama sekali. Kali ini aku akan pertahankan Ehsan. Sebab aku tahu dialah lelaki yang paling aku cintai dan aku tahu dia juga menyangi aku dengan sepenuh hatinya. Aku dapat rasakan."
"Apa kelebihan yang ada pada kau, Iffa? sampai Ehsan begitu sayangkan kau. Sedangkan kau mamang tidak layak untuk Ehsan. Kau tak setanding wanita- wanita yang pernah mendampingi Ehsan. Dalam ramai-ramai itu , kenapa dia pilih kau? sebab kau lahirkan anak dia?"

No comments:

Post a Comment