Sejak penubuhan syarikat automotif nasional Proton Holdings Berhad dan pengeluaran model pertama Proton Saga pada tahun 1985, harga kereta bukan nasional di pasaran Malaysia mula meningkat naik sehingga ke paras yang begitu tinggi.
Antara sebab kenapa harga kereta dari luar di Malaysia menjadi terlalu mahal ialah kerana pihak kerajaan terpaksa melindungi industri automotif nasional Proton, yang kemudiannya disertai pula oleh penubuhan Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua).
Secara teorinya, jika harga kereta keluaran Proton atau Perodua adalah sama dengan kereta dari luar seperti Toyota, Honda, Nissan, Mazda, Volkswagen dan sebagainya, sudah tentu Proton dan Perodua tidak akan mampu bersaing, terutamanya dari segi nilai jenama dan teknologi.
Tetapi oleh kerana harga kereta Proton dan Perodua yang lebih rendah berbanding harga kereta bukan nasional, maka kebanyakan rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah tidak mempunyai pilihan lain selain memilih Proton atau Perodua.
Tetapi, setakat manakah mahalnya harga kereta di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia? Jalopnik, salah sebuah blog automotif berpengaruh dari Amerika Syarikat pada September lepas telah menyenaraikan 10 negara yang menjual kereta paling mahal.
Hasil kajian yang dilakukan tersebut menggunakan kereta Toyota Prius dan Scion FR-S (Toyota 86 @ Subaru BRZ) untuk dibuat perbandingan harga mengikut harga yang ditawarkan di Amerika Syarikat dan di 10 negara lain di seluruh dunia.
Cuba teka negara manakah yang menjuarai senarai tersebut sebagai negara yang menjual kereta paling mahal di dunia? Tekaan anda betul jika jawapannya ialah Singapura. Namun dapat difahami bahawa pihak kerajaan Singapura perlu menjual kereta di negara pulau tersebut pada harga yang tidak munasabah kerana mereka mempunyai sebab-sebab yang dapat diterima.
Antara sebabnya ialah kerana kebanyakan rakyat Singapura mempunyai pendapatan perkapita yang begitu tinggi dan mereka mampu membeli kereta pada harga yang mahal. Bagaimanapun itu bukan sebab utama kenapa harga kereta di Singapura menjadi mahal.
Alasan sebenar ialah kerana pihak kerajaan Singapura tidak mahu negara mereka yang kecil itu menjadi terlalu sesak dan padat, dan harga kereta yang mahal itu sebenarnya adalah salah satu usaha yang dilakukan untuk mengurangkan pemilikan kereta persendirian.
Di samping itu, pihak kerajaan Singapura telah menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap untuk rakyatnya, jadi adalah adil apabila harga kereta dinaikkan dengan harapan rakyatnya akan lebih banyak menggunakan sistem pengangkutan awam berbanding menggunakan kereta sendiri.
Jadi, adakah Malaysia tersenarai di kalangan 10 negara yang menjual kereta paling mahal di dunia? Sukar dipercayai, tetapi Malaysia sebenarnya hanya berada di kedudukan kedua di belakang Singapura sebagai sebuah negara yang menjual kereta paling mahal di dunia.
Jadi tidak hairanlah kenapa harga Subaru BRZ di pasaran Amerika Syarikat jauh lebih rendah berbanding di pasaran Malaysia, rupa-rupanya Malaysia negara kedua yang menjual kereta paling mahal di dunia.
Saya tertarik dengan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia menaikkan harga kereta bukannya kerana terlalu sangat untuk melindungi Proton dan Perodua, tetapi itulah satu-satunya cara untuk menjana pendapatan tanpa had dari rakyat sendiri. Anda setuju dengan kenyataan tersebut?
Senarai 10 negara yang menjual kereta paling mahal di dunia;
No comments:
Post a Comment