Ketua Polis Daerah Cheras, Mohan Singh Tara Singh berkata, semalam hanya dua individu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), namun pagi ini seorang daripada mereka telah keluar, dan sembilan lagi dimasukkan hari ini ke PPUM.
"Oleh itu, jumlah individu yang dimasukkan ke hospital meningkat hari ini kepada 14 orang, di mana tiga individu dirawat di Hospital Kuala Lumpur, seorang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan 10 orang di PPUM.
"Kesemua mereka berada dalam keadaan stabil," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga menahan seramai 29 individu pelbagai warga yang disyaki terlibat dalam kegiatan dadah di konsert berkenaan.
"Daripada 29 itu, sembilan adalah warga Singapura manakala lain adalahMyanmar, Taiwan, Iran, warga tempatan dan lain-lain," katanya.
Mohan Singh berkata, pengunjung konsert berkenaan juga memahami keadaan dan mereka (pengunjung) juga tidak melakukan sebarang kekecohan akibat pembatalan konsert berkenaan semalam.
Bagaimanapun beliau berkata, kesemua yang ditahan itu direman sehingga Selasa ini.
Awal pagi semalam (Sabtu), enam orang, termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat penggunaan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert FMFA.
Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun.
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27. - Bernama
6 mangsa yang mati:-
1. KAMAL ZEKRY bin KAMAL
BASHA (Meninggal di PPUM)
No. KPT : 920424-14-5329 (L)
2. VICTOR WONG E HERN
(Meninggal di PPUM)
No. KPT : 880712-29-5029 (L)
3. SABREENA bte KAMARUDIN
(Meninggal Dunia di PPUM)
No. KPT : 931216-14-6582
4. SURESH A/L MOHAN
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 860616-43-5599 (L)
5. SYAZANA SOHAIME
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 910124-08-6786 (P)
6. NOR FAIZZA bte MOHD WAZIR
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 870620-56-5336)
3 mangsa masih kritikal ialah:-
1. WILOPO AILEEN (Kritikal di
PPUM Warga Singapura)
2. LIM SHU WEI (Kritikal di PPUM
Warga Singapura)
3. MOHD HAZWAN bin HUSIN
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 951217-01-5427
No comments:
Post a Comment