Pernahkah anda mengalami situasi
seperti ini, ternanti-nanti bilakah akan tibanya jodoh anda? Sudah lama anda tunggu dan mencuba
untuk mencari jodoh. Tetapi sampai sekarang masih tak dapat-dapat.Sedangkan rakan-rakan anda yang
lain sudah pun mempunyai pasangan dan ada yang telah berkahwin.
Anda?
Masih keseorangan menanti jodoh
yang tidak berkunjung tiba. Bersendirian mengenang nasib menimpa diri.Anda pun ingin berkahwin. Anda pun
ingin mendapatkan kelebihan dalam perkahwinan.Tetapi kenapa masih tak jumpa jodoh
anda?
Anda sebenarnya belum bersedia…
Jika anda fikir baik-baik, ambil
masa duduk fikir sejenak, anda akan tahu kenapa ianya terjadi.
Allah tahu apa yang terbaik untuk
diri kita. Allah tahu bilakah masa yang sesuai untuk kita memperolehnya. Sebagai contoh, mungkin anda ingin
mempunyai pasangan dan ingin berkahwin pada waktu ini. Tetapi sampai sekarang
anda masih tidak jumpa pun pasangan anda dan sampai sekarang anda masih tidak
kahwin-kahwin.
Apabila anda fikir baik-baik,
sebenarnya anda masih belum bersedia untuk berkahwin. Mungkin anda ada masalah
dari segi kewangan. Kalau anda kahwin, mungkin anda terpaksa buat pinjaman dan
terbeban menanggung hutang selepas berkahwin.
Hutang kahwin nak kena bayar. Makan
minum si dia pun anda perlu tanggung. Anda sebenarnya belum mampu lagi untuk
berkahwin dengan si dia. Anda sebenarnya belum bersedia untuk berkahwin.
Tetapi jika tiba masanya, allah
akan permudahkan jalan dan anda akan rasa senangnya untuk berkahwin ni. Tak
perlu pun nak pening kepala fikir macam-macam masalah sebab allah sudah bantu
anda.
Allah maha mengetahui
Contoh lain pula bagi mereka yang
ingin mendapatkan anak. Kahwin dah lama, tetapi sampai sekarang masih tak dapat
anak lagi.Semua itu adalah ketentuannya.
Mungkin kalau diberikan anak kepada anda, anak itu mungkin tidak mendapat kasih
sayang yang sepatutnya.Atau anda mungkin tidak dapat fokus
dengan projek besar yang anda sedang kendalikan di pejabat dan akhirnya anda
dibuang kerja kerana gagal menyiapkan projek mengikut jadual kerana sibuk
menguruskan anak.Ingatlah, allah tahu apa yang
terbaik untuk hambanya.
Jika tiba masanya, jika itulah
saatnya, percayalah allah akan berikan ia kepada anda.
Apa yang penting, jangan berputus
asa dan yakinlah bahawa allah tahu apa yang terbaik untuk diri anda dan tahu
bilakah masa yang terbaik untuk anda mendapatkannya.