Sunday, August 17, 2014

Ucapan Perkahwinan Yang Mengikut Syarak

Salam Sabtu. Cheq nak kongsi serba sedikit mengenai ucapan yang kebiasaannya yang kita dok ucapkan dekat bakal pengantin.Cuba korang jujur,agak2 korang wish apa dekat pasangan/kawan korang yang baru berkawin?Hah..Mesti korang wish macam ni kan:-
  • selamat pengantin baru,moga-moga cepat dapat anak
  • semoga berkekalan hingga akhir hayat
  • semoga berbahagia ke anak cucu
betol tak?
ihsan cik google 

Hah bukan nak menyingguungkan mana-mana pihak tapi dah sememangnya da menjadi kebiasaannya dan ikutan daripada lapisan masyarakat tanpa mengira kaum,warna kulit mengunakan ucapan macma tuh.Bagi Cheq sebenarnya tak salah pon kalau nk wish macam tuh,tapi dari segi syarak mengikut islam ini adalah bertentangan dengan ajaran Rasulullah.


Kisah pertama
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,


"Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata,
“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, 
“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab,
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu).

Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]


Kisah kedua
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,
“Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab,
“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda,
(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]


Kisah ketiga
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]


Kisah keempat
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

*Dipetik dari Blog MyJodoh

Dari penerangan di atas, jelaslah kepada kita cara sebenar yang diajar oleh rasulullah untuk berdoa kepada pasangan pengantin. 

1. semoga bahagia sehingga ke anak cucu: 
Tapi cuba fikir betul-betul, bagaimana selepas anak cucu? Adakah doa kita hanya untuk kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu sahaja?


2. ‘Semoga kekal sepanjang hayat’:
Pernikahan kita adalah kerana Allah untuk bekalan di akhirat kelak. Jika berdoa semoga kekal hingga ke akhir hayat, bagaimana pula selepas akhir hayat? Apakah kebaikan perkahwinan yang kekal sehingga ke akhir hayat tetapi tiada keberkatan dalam perkahwinan tersebut? Apa akan terjadi jika pasangan suami isteri tersebut terpaksa berpisah kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan? Masyarakat akan mula mengata, ahli keluarga sendiri akan merasa hina dan seumpamanya, padahal perpisahan yang berlaku itu adalah lebih baik dari meneruskan kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Apa yang kita mahukan dalam sebuah perkahwinan adalah keberkatan dan kebaikan. 

Seandainya musibah menimpa sehingga kita terpaksa berpisah, biarlah perpisahan itu dilakukan dengan baik dan ia tidak sesekali dipandang serong. Aturan Allah amat sempurna untuk kita. Ditemukan kita dengan pasangan suami atau isteri pertama untuk seketika, kemudian ditemukan pula dengan pasangan lain yang lebih sempurna.

Apa yang kita mahukan ialah sentiasa menjalani kehidupan yang berkat walau sesiapa pun pasangan kita. 

Siti Khadijah sendiri adalah seorang janda. Jika Allah tidak pisahkan Khadijah dengan bekas suaminya, bagaimana pula Siti Khadijah akan menjadi isteri manusia pertama paling sempurna dalam dunia ini?
Oleh itu, sentiasalah mengambil doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah dalam kehidupan kita. Jangan merekacipta doa-doa sendiri yang tidak punyai maksud yang baik.

Wallahualam.....

No comments:

Post a Comment