Saturday, December 17, 2011

Apa nak jadi....ishhhhhh


Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.
"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.


"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.

Friday, December 16, 2011

Tip Memilih Pelamin

Wedding Cik Teh & Ayah Teh 142


Warna Pelamin Sedondon dengan Baju Pengantin

Elakkan! Ini nasihat saya. Jika baju pengantin anda berona biru firus, takkan pelamin pun mahu warna biru firus? Walaupun biru firus warna kegemaran anda, tetapi pemilihan warna pelamin yang sedondon dengan baju pasti akan membuatkan kegemilangan busana pengantin anda tenggelam! Lihat bagaimana pasangan Noh Hujan dan Mizz Nina memilih warna pelaminnya. Warna ungu kegelapan dipadankan dengan busana pengantin berona emas gading.

Pemilihan warna yang kontra antara kedua-dua item ini akan menyerlahkan hari bahagia anda. Jika pelamin daripada kelompok warna lembut dan sejuk, padankan dengan busana pengantin daripada warna garang dan panas. Begitu juga sebaliknya.

Bandingkan harga pelamin

Setiap jenis pelamin mempunyai harga sewa yang berbeza. Semakin kompleks sesuatu pelamin, maka semakin tinggi harganya. Tetapi tidak semestinya harga sewa pelamin yang rendah menawarkan kualiti yang rendah juga. Oleh itu pilihlah jenis pelamin anda bersesuaian dengan harga sewa yang ditawarkan dan bandingkan satu pelamin dengan pelamin yang lain.

Kalau setakat ada tambahan hiasan bunga di tepi mempunyai perbezaan harga sehingga ratusan ringgit, lebih baik ambil pelamin tanpa hiasan bunga di tepi.

Pelamin dan Ruang

Ini selalu diabaikan oleh bakal pengantin. Ya, anda rasa pelamin … sangat cantik dan sudah berkenan di hati, tetapi anda bersanding di rumah sahaja. Bagaimana hendak pasang semua lampu-lampu tersebut. Tentu tidak sesuai. Ketika hari bahagia mulalah hendak salahkan butik tidak pandai menghias pelamin sedangkan salah anda sendiri.

Beritahu tempat pelamin itu hendak diletakkan kepada pemilik butik. Mereka akan lebih tahu pelamin yang sesuai dengan kawasan persandingan anda. Tentu sahaja berbeza pelamin untuk persandingan di rumah, di hotel mahupun di taman.

Tema

Selalunya perkahwinan bertema dilakukan di dewan atau hotel. Pilihlah pelamin yang bersesuaian dengan tema anda. Kalau anda memilih tema tradisional, tentu sahaja pelamin anda mempunyai unsur tradisional seperti pemilihan hiasan dan tempat duduk. Jangan pula salah padan tema dengan pelamin. Terkejut tetamu nanti.

Hiasan

Apabila memilih pelamin, pertimbangkan juga hiasannya. Jikalau ruang sempit, pilihlah hiasan yang tidak terlalu berlebihan dan memasukkan elemen yang terlalu banyak seperti hiasan bunga pahar yang banyak dan bunga. Pelamin akan kelihatan berserabut dan pengantin tampak tenggelam.

Cahaya

Ini juga sangat penting terutamanya yang ingin gambar majlis perkahwinanannya kelihatan cantik. Pastikan kawasan pelamin anda menerima cahaya yang cukup untuk memudahkan jurugambar. Runding dan pesan kepada pembuat pelamin supaya menampah lampu yang bersesuaian agar gambar yang diambil menyerlahkan keanggunan anda sebagai ratu sehari.

Hiasan Bunga Segar

Jika ada budget yang lebih, tidak salah hias pelamin anda dengan hiasan bunga segar. Kalau tidak keseluruhan pelamin, apa kata hiasan di hujung bucu pelamin. Bunga segar memberi rona tersendiri kepada pelamin. Lagipun aromanya yang menyegarkan memberikan perasaan yang berbeza.

Ketika perkahwinan Siti Nurhaliza dengan Dato Khalid, perunding perkahwinan mereka mengimport hampir .. bunga segar untuk menghiasi Dewan Konvensyen KLCC itu. Lihatlah betapa gemilangnya kesegaran majlis perkahwinan Siti Nurhaliza dan Dato’ Khalid.

Tip Memilih Cincin Kahwin

cincin-kawin4


Cincin kahwin sudah tentu menjadi checklist Top10 untuk bakal pengantin. Cincin Kahwin menyimpan nilai emosional yang tinggi dan akan dipakai sepanjang perkahwinan. Cincin kahwin yang akan kekal dan bertahan selepas majlis perkahwinan anda, bukan baju kahwin, solekan yang cantik, pelamin mahupan hidangan.

Oleh itu di Kahwina, kami percaya, cincin kahwin harus dipilih sesuai dengan gaya dan bentuk tangan si pemakainya.

1.Biasanya, trend perkahwinan sekarang cincin bukan hanya untuk pengantin perempuan sahaja sebaliknya pengantin lelaki. Oleh itu, pilihlah cincin tersebut bersama dengan pasangan anda. Pilihlah bentuk cincin yang sesuai dengan kehendak bersama. Bukankah anda akan melayari hidup berdua seumur hidup? Mulakan dengan pemilihan ikatan perkahwinan yang serasi iaitu cincin perkahwinan.

2. Kalau bakal pengantin menyukai cincin emas tradisonal yang bundar dan mengilat, maka anda boleh memilih antara cincin 14k,18k atau 24k. Apa yang membezakan jenis cincin ini? Semakin tinggi karat emas, cincin itu akan berwarna semakin keemasan.

3.Tentu sahaja sukar menentukan sama ada mahu cincin emas putih atau cincin emas atau platinium. Mungkin mak mertua mahu kekal kepada tradisi lama, iaitu cincin emas kuning sahaja. Tetapi anda mahu tampak elegan dan bersahaja maka cincin emas putih boleh menjadi pilihan. Namun tidak salah memilih untuk menggabungkan keindahan antara tradisional, moden dan elegan dengan menggabungkan emas putih dan emas kuning.

4. Ketika memilih cincin kahwin, haruslah diingatkan bahawa cincin ini akan dipakai seumur hidup dan sepanjang masa. Fikirkan reka bentuk yang sesuai dengan gaya hidup sehari-hari. Jangan kerana reka bentuknya yang cantik tetapi tidak praktikal untuk dipakai sehari-hari. Tentu menyedihkan melihat cincin kahwin kita hanya terletak di dalam kotak sahaja.

5. Selalu bakal pengantin akan memilih belian sebagai batu yang menghiasi cincin kahwin. Jangan hanya terikat pada satu batu permata sahaja. Boleh sahaja memilih batu permata yang lain seperti, delima, firuz. Pilihlah mengikut karakter dan kegemaran anda.

6. Pilihlah kedai emas yang boleh dipercayai. Jangan malas untuk melakukan survey dan memilih cincin kahwin yang terbiak sekali untuk anada. Pilihlah sehingga anda berpuas hati dan tidak jemu memandangnya seumur hidup anda.

7. Bukan baju sahaja perlu fitting, cincin juga begitu. Lakukan final fitting ukuran cincin kahwin anda semasa suhu badan yang normal dan anda berasa tenang. Jangan lakukan di waktu pagi kerana jari akan membengkak dan tidak mendapat ukuran cincin yang sesua

4 Tips Persediaan Melangkah ke Gerbang Perkahwinan

Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak datang istana roboh berderai. Seboleh-bolehnya jadikanlah binaan itu kukuh, sekuat istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan ia tetap utuh dan teguh. Namun membina kekukuhan dalam perkahwinan memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.

1. Minda dan Kerohanian

Pasangan yang ingin berkahwin perlu mempersiapkan minda supaya cekal memikul tanggungjawab sebagai suami isteri. Setiap pasangan juga perlu bersikap matang. Setiap pasangan hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum hakam dan ilmu agama adalah sangat penting untuk di terapkan dalam kehidupan harian. Begitu juga kemahiran berkomunikasi, menguruskan kewangan, tenaga, masa dan kemahiran mengatasi tekanan.

2. Persediaan Fizikal

Bakal pengantin perlu menjaga diri dan seboleh-bolehnya bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Kesihatan yang baik membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak sebaik sahaja berkahwin. Bagi seorang wanita, mengandung pada umur kurang dari 18 tahun adalah tidak digalakkan kerana pada umur tersebut, tubuh badan wanita belum bersedia untuk mengalami perubahan fizikal dan fisiologi semasa mengandung. Umur yang sesuai bagi wanita untuk menjadi seorang ibu adalah antara 20-30 tahun.

3. Persediaan Ekonomi

Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah member nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Sebarang sumbangan isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakah sedekah daripada isteri.

4. Persediaan Sosial

Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan bagi kedua-dua belah pihak. Contohnya: mereka yang berumahtangga mempunyai jaringan hubungan sosial dengan mertua dan saudara-mara pasangan masing-masing. Oleh itu, bakal pengantin perlu memastikan diri mereka bersedia menerima nasihat dan tunjuk ajar daripada keluarga masing-masing.

Thursday, December 15, 2011

IDEAL V7 TABLET (WiFi + 3G Ready)

Alhamdulillah selesai sudah 1 paper exam final..nak kata leh jwp semua tak jugak la...tapi semua soalan di jawapnya...apa lagi rehat la sebentar sebelum mengharungi 1 lagi paper pada selasa ni (20.12.2011)...
Tapi sebelum 2 saya tertengok FB kawan yg cerita tentang IDEAL V7 TABLET (WiFi + 3G Ready)...dia kata TABLET ni HOTTTTT di singapore... adushhhhhh mcm mana ni....nak beli hrga berpatutan under RM1000.00 ok la 2....tak la mahal...tapi ok jugak la..kalau tgk spec je ok jugak la...yg bestnya speaker nya org yg kata hahaha....selain 2 dia pakai Upgrade to Android 3.0 (Honeycomb) System ....ok la 2..apa lgi fkir2 kan la ... :-)




Monday, December 12, 2011

Gerhana Bulan Penuh – Sabtu 10 Disember 2011

Salam, 10.12.2011 berlaku lagi untuk kali keduanya kejadian Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada sekitar pukul 10.05 malam sehingga 10.57 malam, ianya berlangsung lebih kurang selama 48 minit. Terdahulu pada pertama kali fenomena ini pada tahun ini berlaku iaitu pada 16.6.2011 pada pukul 1.25 pagi sehingga pukul 6.59 pagi.

Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam



Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu

Saturday, December 10, 2011

Minggu yg BZ...KL-Perlis-Kedah-KL

as'salam...annyeong haseyo...

dh lama tak update blog...bznya heheh..bz ke...hehehe minggu lepas cheq balik kampung dengan kawan2 cheq (Nurazikin & Shabri) kami bertolak lps kerja hari jumaat, dh la JEM sesgt JEM...lps tol duta Ya Allah jemnya nak balik perlis, yg peliknya byk kereta nak masuk KL tak leh sbb JEM dri Jejantas Sungai Buloh tak gerak2 kereta...ishhh apa nak jadi la buat apa la nak masuk KL. Tahu la ada Perhimpunan UMNO,PC FAIR & JOM HEBOH...ishhhhh KL kata kan..tak JEM bukan KL la..
Kami berhenti di RnR Tapah berhenti rehat jap..lps 2 trun en.shabri drive hingga RnR Gurun. Dari Gurun hingga Perlis saya memandu...kami sampai kul 3.00pg.
Keesokkan harinya dlm kul 10.30pg kami bertolak ke kedah(langgar) kenduri sebelah perempuan..umahnya kawsan langgar, kedah...panasnya kedah N perlis..makanannya sedap...makanan kampung kata kan...dh lama tak rasa masakan kenduri kampung..yg bestnya cheq jdi JURUPHOTO terjun utk kedua-dua pengantin hehehehe best jugak jdi juruphoto..kenduri sebelah lelaki esok harinya di kuala kedah..makanannya pun sedap yg sedap ACAR LIMAU..yummyyyy..paling best kami pose kat bilik pengantin...pengantin tak rasmi lagi kami dah rasmi ...apa nak jdi la ....


Kami balik ke KL pada hari ahad selepas kenduri sebelah lelaki, kami bertolak kul 5ptg...lewat sikit la..kami smpai KL kul 1.00pagi..alhamdulillah smpai jugak dengan selamat. apa2 pun esoknya kena g kerja walaupun penat sbb BILL RUN....kerja je...nak buat mcm mana rezeki & tanggungajwap demi TM (cewahhhh)..

apa2 pun selamat pengantin baru pada Wan & Shu...semoga berbhagia hingga akhir Hayat...aminn





Friday, December 2, 2011

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik

Ini adalah contoh tarikh lahir:

13 Oct 1987
1+3 + 1 + 0+9+8+7 = 30
3 + 0 = 3

(Jadi nombor lahirnya ialah 3 )


Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan

• Hadir dengan idea baru.
• Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
• Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
• Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
• Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
• Perkara yang perlu dipelajari ialah idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
• Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai

• Dilahirkan sebagai diplomat.
• Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
• Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
• Mereka tidak suka bersendirian.
• Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
• Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
• Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

• Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
• Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. - Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
• Mereka sangat popular dan idealistik.
• Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
• Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif

• Golongan ini sangat peka dan tradisional.
• Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
• Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
• Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
• Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
• Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
• Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
• Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis

• Mereka adalah perintis.
• Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
• Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
• Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
• Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
• Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
• Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik

• Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
• Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
• Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
• Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
• Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
• Mereka suka seni musik.
• Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
• Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
• Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual

• Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
• Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
• Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
• Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
• Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
• Mereka sangat suka berahsia.
• Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
• Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
• Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
• Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
• Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
• Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
• Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
• Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
• Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon

• Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
• Mereka sangat penyayang dan pemurah.
• Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
• Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
• Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
• Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
• Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
• Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Thursday, December 1, 2011

Perhubungan Juga Seperti Roda

Saya rasa anda mungkin pernah mendengar bahawa kehidupan kita ini adalah seperti sebuah roda yang berputar. Sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah. Sekejap kita hidup senang, dan sekejap kita hidup susah. Proses ini berulang-ulang sama seperti sebuah roda yang berputar tanpa henti.

Begitulah juga dengan perhubungan kita bersama dengan pasangan. Ianya sama seperti sebuah roda, seperti kehidupan yang kita lalui. Kadang-kadang kita rasa gembira dengan pasangan kita. Tetapi ada masanya, kita akan berasa sedih.
Macam-macam perkara boleh berlaku dalam berpasangan. Ketika ‘roda’ kita berada di atas, segalanya adalah kegembiraan. Kita rasa gembira apabila dapat berjumpa dengan si dia, berjalan bersama-sama, menonton wayang bersama-sama, berkongsi kisah dan cerita, dan meluangkan masa bersama dengannya.

Tetapi, apabila ‘roda’ kita berada di bawah, segalanya hanyalah kesedihan. Mungkin disebabkan berlakunya perselisihan faham, terasa dengan sikap pasangan, atau berkecil hati menyebabkan perhubungan itu tidak manis dan menjadi hambar. Pada waktu itulah kita sedar bahawa tidak segalanya indah dalam berpasangan. Langit yang cerah tidak akan sentiasa cerah tanpa mendung dan hujan.
Bagaimana menghadapi ketika ‘roda’ berada di bawah?

Setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Allah swt tidak menurunkan hujan untuk menyusahkan hambaNya. Tetapi adalah untuk kebaikan hambaNya jika mereka mengetahui. Hujan yang turun adalah untuk menyuburkan hasil tanaman, membasahkan tanah yang kering kontang, dan agar hambaNya dapat minum dari air yang diturunkan ke Bumi.

Begitulah juga dengan keadaan apabila anda sedang mengalami masalah dengan pasangan anda. Apa yang berlaku sudah semestinya ada hikmahnya yang tersendiri. Pada waktu inilah anda perlu menilai semula perhubungan anda agar ianya dapat diperbaiki. Di antara yang boleh anda lakukan adalah:

1. Muhasabah diri – Ambil peluang ini untuk muhasabah dan menilai diri anda. Cuba selidik semula sepanjang perkenalan, adakah anda pernah menyakiti hatinya? Adakah anda pernah membuatkan si dia terasa, berkecil hati, atau anda pernah berselindung sesuatu dengannya? Selidik dan imbas semula satu persatu kesalahan yang pernah anda lakukan.

2. Perbetulkan mana yang silap – Dalam muhasabah diri itu, sudah semestinya anda akan jumpa beberapa kesilapan yang pernah anda lakukan. Perbetulkan kesilapan itu dan jangan ulanginya semula. Walaupun anda tahu si dia pun ada membuat kesilapan pada diri anda, tetapi perbetulkan terlebih dahulu diri anda sebelum anda membetulkan orang lain.

3. Memohon maaf dan sedia memaafkan – Setiap kesilapan yang dibuat, jika anda ada terkasar bahasa, terlepas kata, mohon maaflah kepada pasangan anda. Setiap insan sudah semestinya akan membuat kesilapan. Jalan yang terbaik adalah memohon maaf kepadanya. Namun begitu, anda juga perlu bersedia memaafkan pasangan anda sekiranya si dia memohon kemaafan. Janganlah berdendam hati atau menyimpan hasad dengki kerana ianya amat menyakitkan. Maafkanlah kesalahannya agar anda berasa lega dan terlepas daripada amarah dalam dada.

4. Jadikan apa yang berlaku untuk mematangkan perhubungan anda – Seperti yang saya katakan tadi, setiap yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya. Pasti ada kebaikanya yang tersendiri. Ambil iktibar dari masalah ini agar ianya tidak berulang lagi dan dapat mematangkan perhubungan anda. Sekiranya perkara yang sama berlaku, ambil jalan yang betul untuk selesaikan masalah tersebut supaya ianya tidak menjadi parah dan semakin teruk.

Apabila ‘roda’ kembali ke atas
Saya tertarik untuk berkongsikan sebuah kata-kata yang dipetik dari filem Syurga Cinta,
“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
Rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi…”

Tidak semestinya kesulitan yang dialami itu akan kekal selama-lamanya. Sudah semestinya kita akan berjumpa dengan kesenangan dan kegembiraan.

Tetapi apabila anda berjaya keluar dari situasi ‘roda’ di bawah, jangan mudah lupa diri. Beringatlah ketika anda sedang bersedih, ketika anda berada di bawah. Jangan terlalu gembira dengan kesenangan yang diperoleh. Bersyukurlah kepada Allah swt kerana mengeluarkan anda daripada kesulitan yang dilalui.

Anda perlu ingat, roda sentiasa berputar. Akan tiba masanya juga, anda akan kembali semula ke bawah. Pada waktu itu, kegembiraan yang ada tidak bermakna lagi.
Oleh itu, walau di mana keadaan pun anda berada, beringatlah dan bersyukurlah kepada Allah swt. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya. Mudah-mudahan perhubungan itu akan kekal dan bahagia selama-lamanya. InsyaAllah…

5 hadiah terbaik untuk sang arjuna...

Thank you my chenta...!!

Salam seantero malaysia.. hurm post kali ini ditulis adalah berpunca dari seorang member saya yang memerlukan advice kerana sudah pening untuk memilih hadiah hari jadi boyfriend nya yang hampir tiba.. anda semua pernah tak mengalami kesukaran yang sama..??
Oleh kerana masalah-masalah macam ini.. maka tercetus lah idea untuk saya berkongsi idea dengan anda semua.. terutamanya kepada kaum hawa yang mempunyai masalah untuk memilih hadiah yang terbaik untuk kekasih hati mu... hohoho.. di bawah ini terdapat antara 5 jenis benda yang boleh dikatakan terbaik untuk diberikan kepada sang arjunamu yang tercinta...



Wallet atau dompet... benda inilah antara benda yangcommon dan terbaik untuk diberikan kepada lelaki atauboyfriend anda.. Dompet yang biasanya tidaklah mahal dan tidaklah murah sangat.. tapi boleh la.. adalah dari jenama Poloatau camel active..

Kenapa dompet..?? kerana dompet boleh mendorong teman lelaki anda untuk berjimat cermat.. dan benda-benda macam ni hari-hari mereka akan pegang dan bawa..

So.. mereka akan sentiasa mengigati kamu dan disamping itu bila si dia nak joli je.. si dia akan terkenangkan kamu maka akhirnya tidak jadilah mereka nak berjoli.. so boleh lah si dia simpan duit untuk cukupkan 20 ribu duit hantaran kawin kamu nanti kan.. lol..


Jam tangan.. hurm.. jam adalah antara benda kesukaan lelaki.. dan bila dipakai nampak bergaya dan macho lah katanya.. janggal bila lelaki tidak mengenakan jam di tangan mereka.. tetapi ada juga golongan yang tidak suka pakai jam nih.. so.. kepada wanita diluar sana yang mempunyai teman lelaki yang tidak suka memakai jam tangan.. ini adalah pilihan terbaik..

Mengapa jam tangan.. bukan jam loceng ke.. atau jam dinding..?? hurmm ini kerana bila si dia memakai jam yang diberi oleh kamu.. so takdalah reason lepasni untuk sidia lambat masa nak date dengan kamu nanti.. and jam juga adalah barang yang melekat kat tangan mereka.. so.. setiap kali melihat waktu di tangan sidia akan terkenang akan kamu..

contohnya.. bila sampai time lunch our si dia akan melihat jam.. dan secara tidak langsung si dia akan teringat akan teman wanita tercintanya lalu tefikir untuk mengajak kamu lunch bersama-sama...


Pen atau pena .. pen juga adalah salah satu benda yang unik untuk dijadikan hadiah untuk teman lelaki anda.. walupun zaman modern sekarang orang jarang menggunakan pen.. tetapi ianya tetap penting..

Mengapa pen..?? bila anda menghadiahkan si dia pen.. secara tidak langsung teman lelaki anda akan bersemangat untuk belajar atau bmemuat kerja mereka.. ini kerana pen itu adalah hadiah pemberian orang yang tersayang.. so.. mereka bersemangat lah nak menulis.. hohoho..

Hurm lagi satu.. rahsia lelaki mengenai pen.. anda perasan tak.. kaum lelaki suka sangkut pen mereka di kolar baju..?? ini adalah antara sifat pelik dan unik lelaki terhadap pen.. maka bila pen itu disangkut di baju pen tersebut akan terletak dekat dengan dada mereka.. so.. pen itu akan sentiasa dekat dihati si dia.. pen yang sesuai diberikan adalah jenama Parker..



Neck tie atau tali leher.. tie juga adalah benda yang sesuai dan bermakna untuk dijadikan hadiah.. ini kerana tali leher sangat berguna untuk lelaki-lelaki yang berkejaya dan berkeliber contohnya student dan kerja pejabat..

Kaum lelaki memang gedik sikit. ketika bersama orang yang tersayang.. contohnya.. mereka akan mengada-ngada buat tak reti pakai tie.. so.. anda bayangkan anda sendiri yang memakaikan tali leher untuk si dia.. hehe.. romantic bukan.. tetapi... jangan lebih-lebih.. ini adalah untuk yang dah kahwinn je.. yang belum kahwin berdosa tau pegang-pegang.. hehehe...

Mengapa tie..?? hurm.. tie dah jadi benda penting dalam hidup lelaki.. cuba bayangkan si dia memakai tie yang diberi oleh kamu untuk menghadiri temu duga.. mesti bersemangat punya lah.. so.. kurang lah sikit rasa gemuruh si dia nanti..


Sun-glass.. hurm benda ni dah kira jadi fashion bagi kaum lelaki..so cermin mata hitam juga adalah antara item-item yang bagus dijadikan hadiah untuk teman lelaki anda...

Ada kebaikanya juga bila anda menghadiahkan boyfriend anda benda nih... kerana.. cermin mata dipakai di mata.. so.. jika si dia memakai sun glass yang anda bagi semasa anda berdating maka mata si dia akan sentiasa di hati anda.. dan kebaikannya juga. adalah tidaklah mata teman lelaki anda memlilau melihat awek lain.. hohoho.. gurau siket..

Cermin mata yang sering menjadi pilihan adalah jenama Ray Ban.. jenama ini adalah antara jenama wajib yang menjadi pilihan kaum lelaki..


Okaylah... Item-item diatas adalah antara pandangan peribadi saya sahaja.. jika anda semua ada cadangan lain bolehlah berkongsi di ruangan komen ye.. jadi kita semua boleh berkongsi maklumat dan pendapat.. jadi selepas ini tidak adalah orang yang pening-penig memilih hadiah disaat birthday orang yang tersayang...