Friday, December 16, 2011

Tip Memilih Pelamin

Wedding Cik Teh & Ayah Teh 142


Warna Pelamin Sedondon dengan Baju Pengantin

Elakkan! Ini nasihat saya. Jika baju pengantin anda berona biru firus, takkan pelamin pun mahu warna biru firus? Walaupun biru firus warna kegemaran anda, tetapi pemilihan warna pelamin yang sedondon dengan baju pasti akan membuatkan kegemilangan busana pengantin anda tenggelam! Lihat bagaimana pasangan Noh Hujan dan Mizz Nina memilih warna pelaminnya. Warna ungu kegelapan dipadankan dengan busana pengantin berona emas gading.

Pemilihan warna yang kontra antara kedua-dua item ini akan menyerlahkan hari bahagia anda. Jika pelamin daripada kelompok warna lembut dan sejuk, padankan dengan busana pengantin daripada warna garang dan panas. Begitu juga sebaliknya.

Bandingkan harga pelamin

Setiap jenis pelamin mempunyai harga sewa yang berbeza. Semakin kompleks sesuatu pelamin, maka semakin tinggi harganya. Tetapi tidak semestinya harga sewa pelamin yang rendah menawarkan kualiti yang rendah juga. Oleh itu pilihlah jenis pelamin anda bersesuaian dengan harga sewa yang ditawarkan dan bandingkan satu pelamin dengan pelamin yang lain.

Kalau setakat ada tambahan hiasan bunga di tepi mempunyai perbezaan harga sehingga ratusan ringgit, lebih baik ambil pelamin tanpa hiasan bunga di tepi.

Pelamin dan Ruang

Ini selalu diabaikan oleh bakal pengantin. Ya, anda rasa pelamin … sangat cantik dan sudah berkenan di hati, tetapi anda bersanding di rumah sahaja. Bagaimana hendak pasang semua lampu-lampu tersebut. Tentu tidak sesuai. Ketika hari bahagia mulalah hendak salahkan butik tidak pandai menghias pelamin sedangkan salah anda sendiri.

Beritahu tempat pelamin itu hendak diletakkan kepada pemilik butik. Mereka akan lebih tahu pelamin yang sesuai dengan kawasan persandingan anda. Tentu sahaja berbeza pelamin untuk persandingan di rumah, di hotel mahupun di taman.

Tema

Selalunya perkahwinan bertema dilakukan di dewan atau hotel. Pilihlah pelamin yang bersesuaian dengan tema anda. Kalau anda memilih tema tradisional, tentu sahaja pelamin anda mempunyai unsur tradisional seperti pemilihan hiasan dan tempat duduk. Jangan pula salah padan tema dengan pelamin. Terkejut tetamu nanti.

Hiasan

Apabila memilih pelamin, pertimbangkan juga hiasannya. Jikalau ruang sempit, pilihlah hiasan yang tidak terlalu berlebihan dan memasukkan elemen yang terlalu banyak seperti hiasan bunga pahar yang banyak dan bunga. Pelamin akan kelihatan berserabut dan pengantin tampak tenggelam.

Cahaya

Ini juga sangat penting terutamanya yang ingin gambar majlis perkahwinanannya kelihatan cantik. Pastikan kawasan pelamin anda menerima cahaya yang cukup untuk memudahkan jurugambar. Runding dan pesan kepada pembuat pelamin supaya menampah lampu yang bersesuaian agar gambar yang diambil menyerlahkan keanggunan anda sebagai ratu sehari.

Hiasan Bunga Segar

Jika ada budget yang lebih, tidak salah hias pelamin anda dengan hiasan bunga segar. Kalau tidak keseluruhan pelamin, apa kata hiasan di hujung bucu pelamin. Bunga segar memberi rona tersendiri kepada pelamin. Lagipun aromanya yang menyegarkan memberikan perasaan yang berbeza.

Ketika perkahwinan Siti Nurhaliza dengan Dato Khalid, perunding perkahwinan mereka mengimport hampir .. bunga segar untuk menghiasi Dewan Konvensyen KLCC itu. Lihatlah betapa gemilangnya kesegaran majlis perkahwinan Siti Nurhaliza dan Dato’ Khalid.

No comments:

Post a Comment