Monday, December 16, 2013

Hujan Salji Melanda Vietnam Setelah Ratusan Tahun !


TERGEMPARRR !!!

Untuk pertama kalinya setelah ratusan tahun, Salji turun di Vietnam hari ini....!!! Dilaporkan, beberapa daerah di Laos, Vietnam dan juga Selatan China telah mula dibasahi hujan salji. Beberapa lokasi di sekitar Provinsi Lao-Chai dan Ha Giang, Vietnam telah dipenuhi salji tebal. Ia telah mengakibatkan kesesakan lalulintas kerana rakyat tidak menyangka bahawa salji akan turun disitu pada tahun ini.

Masihkah kita ingat tentang Hadis Baginda Nabi SAWAW yang telah diriwayatkan oleh banyak rawi ? Mafhumnya... "Akan datang kepada kalian kelak satu kaum yang mana di dalam kaum itu ada seorang pemimpin bergelar Al-Mahdi. Sesungguhnya tatkala kalian mendengarkannya, wajiblah datang kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji." Hadis Hasan dengan rawi mutawatir.

Apakah tidak lama lagi Malaysia juga akan merasai nikmat (atau bala? peringatan?) salji ini?? Adakah salji juga akan turun di negara kita dan Indonesia tak lama lagi?? Jika ya, maka ketahuilah.... mungkin-mungkin itu petanda datangnya Al-Mahdi buat zaman ini. Allahumma Amiin... Labbaika Ya Mahdi....

Sebarkan info ini nescaya ia bermanfaat buat semua umat Islam !

-jk-

Tag : Gambar Hujan Salji Melanda Vietnam Setelah Ratusan Tahun !


Untuk pertama kalinya setelah ratusan tahun, Salji turun di Vietnam hari ini ! Dilaporkan, beberapa daerah di Laos, Vietnam dan juga Selatan China telah mula dibasahi hujan salji. Beberapa lokasi di sekitar Provinsi Lao-Chai dan Ha Giang, Vietnam telah dipenuhi salji tebal. Ia telah mengakibatkan kesesakan lalulintas kerana rakyat tidak menyangka bahawa salji akan turun disitu pada tahun ini. Salji telah jatuh di Utara Vietnam buat kali pertama dalam beberapa tahun.Salji itu menyebabkan kesesakan lalu lintas selama lima jam sebagai orang memandu ke wilayah-wilayah pergunungan Lao Cai dan Ha Giang untuk melihat Banjir dingin.Sistem cuaca bertanggungjawab salji juga telah membawa beberapa cuaca yang luar biasa untuk bahagian-bahagian lain di rantau ini.Ini biasanya musim kering, tetapi hujan lebat telah memukul Laos, Vietnam dan tenggara China.Oudomxay di Laos dilaporkan 142mm hujan dalam tempoh 24 jam dan Zhanjiang di wilayah Guangdong China, dilaporkan 102mm. Untuk Zhanjiang, ini adalah tiga kali ganda jumlah hujan yang dijangka pada seluruh bulan Disember.Dari hujan lebat telah menyebabkan banjir di beberapa kawasan di rantau ini, yang telah dibanjiri rumah rakyat dan membuat jalan dilalui.Keadaan di rantau ini dijangka bertambah baik dalam tempoh beberapa hari akan datang. Hujan perlahan-lahan akan kelebihan ke arah timur dan reda. 













Tuesday, December 3, 2013

Gambar Banjir Di Bandar Kuantan

Bermula Sabtu lalu Kuantan telah di landa hujan sekejap-sekejap kadang kala lebat. Namun bermula semalam (Ahad) kapasiti hujan yang membasahi kawasan Kuantan makin meningkat. Hari ini hujan semakin lebat dan mengakibatkan buat kesekian tahunnya Kuantan dilanda banjir !!!

Menghadapi ujian Allah dengan hujan yang diturunkan memang sungguh menguji kesabaran. Mana tidaknya, otak mula berfikir laluan mana yang akan ditempuhi untuk pulang kerja dan pergi kerja esok hari? Lalu sana banjir...tenggelam...sini pun sama...

Bersama-samalah kita berdoa agar keadaan ini semakin bertambah baik...Semoga semuanya selamat...

Gambar Banjir Di Bandar Kuantan  Gambar Banjir Di Bandar Kuantan


Gambar Banjir Di Bandar KuantanGambar Banjir Di Bandar Kuantan


Indera Mahkota 8

Jalan Bukit Sekilau - Jalan Haji Ahmad

Jalan Kempadang - Sungai Soi (Joran Tow Sarek)

Kampung Jawa (Ana Hamzah) 

 Kampung Jawa lagi



 Sungai Isap

 Kenal ni? Stadium Darul Makmur




Wednesday, October 23, 2013

Gambar Banjir Lumpur Di Cameron Highlands - 2 Warga Asing Maut

Banjir Lumpur Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS - Dua pekebun warga asing maut manakala seorang lagi hilang selepas dihanyutkan banjir lumpur di Lembah Bertam dekat sini pagi tadi.

Kejadian pada pukul 1 pagi itu mengorbankan lelaki warga Bangladesh yang dikenali sebagai Jahangir, 30-an dan wanita warga Indonesia, Kesmat, 46.

Kedua-dua mangsa ditemui tertimbus dalam lumpur berhampiran rumah masing-masing pada pukul 8 pagi dan 8.15 pagi.


Gerakan mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang iaitu Jarwati, 17, sedang giat dijalankan. - KOSMO!


Gambar Banjir Lumpur Di Cameron Highlands
Gambar Banjir Lumpur Di Cameron Highlands

Gambar Banjir Lumpur Di Cameron Highlands

Gambar Banjir Lumpur Di Cameron Highlands

Gambar Banjir Lumpur Di Cameron Highlands

Monday, October 21, 2013

Tips Memilih Warna Pakaian Berdasarkan Bentuk Badan dan Kulit


TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN
 1  Kita boleh menggayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3 warna. Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semulajadi seperti putih, coklat krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria seperti hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu mahupun merah. Gabungan warna semulajadi dan warna ceria mampu membuatkan anda nampak lebih ceria & muda. Namun yang demikian, jika anda tidak yakin bermain dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti rantai, gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria.

Contoh penggayaan yang sesuai: baju warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau gabungkan warna tudung merah & biru.


 
 2  Jika anda ingin memakai baju bercorak bunga, abstrak dan sebagainya, padankan seluar/skirt corak kosong (plain) warna senada dengan baju. Perlu diingati, jangan sesekali anda memakai baju corak bunga, seluar & tudung juga bercorak. Apabila semua yang anda pakai bercorak, ia hanya akan nampak berserabut. Ini harus di jauhi. 
Contoh penggayaan yang sesuai: baju corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak kosong (plain) senada.

 3  Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.

 4  Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh badan anda terlebih dahulu. Tips berikut mengenai tips memilih pakaian mengikut tubuh & warna kulit.
 
 
 
TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASAKAN BENTUK BADAN
 
Badan gempal dan tinggi
Individu seperti ini sesuai menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.
 
Badan kurus dan rendah
Jika anda golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy!
 
Badan kurus dan tinggi
Untuk individu yang berbadan kurus dan tunggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
 
Untuk mengetahui jenis pakaian apa yang tepat, anda perlu ketahui dahulu bentuk tubuh anda kategori yang mana. Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri daripada 4 jenis iaitu :-

(a) Bentuk Badan Buah Pear
 
Bentuk Badan Buah Pear
Ciri wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bagian bawah pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.
 
Tips untuk bentuk badan buah pear :
    1. Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
    2. Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.
3. Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul anda yang besar.
 
(b) Bentuk Tubuh Epal

 
Bentuk Tubuh Epal
Dikatakan berbentuk epal kerana tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar.

Tips untuk bentuk tubuh epal :
1. Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.
 
2. Seluar dan skirt berpotongan lurus sesuai digayakan.
3. Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.

4. Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi.
5. Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.
 
 
(c ) Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.
 
Tips untuk tubuh 4 segi :
1. Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.
 
2. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.
 
 
 
(d)  Bentuk Jam pasir
 
 
Bentuk Jam Pasir

Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggang sehingga terlihat seksi.
 
Tips untuk tubuh jam pasir :
  1. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis pakaian.
  1. Kepada yang tidak memakai tudung, anda boleh memakai pakaian bahagian atas (leher) jenis yang terbuka untuk menonjolkan bentuk bahu yang indah.
  1. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar dengan potongan A-line agar anda kelihatan ramping.
      4. Serlahkan penampilan anda dengan warna-warna ceria

 

TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN KULIT



  1. Kulit Putih/Cerah

Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yang sesuai sangat senang dan banyak. Jika anda berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam dan biru terang. Jauhi memakai pakaian bewarna pastel seperti coklat dan biru muda kerana ia akan membuatkan anda nampak pucat.

  1. Kulit Sawo Matang

Orang Malaysia kebanyakkan berkulit sawo matang. Kira warna kulit standard orang Malaysia atau lebih tepat kulit orang melayu. Untuk anda yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan menyerlah. Harus diingati anda yang berkulit ini tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, ia akan membuatkan anda kelihatan kusam.

  1. Kulit Gelap/Hitam Manis

Untuk yang berkulit gelap serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna cerah dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, dan kelabu. Elakkan memakai warna gelap seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap.
 
 

Friday, October 4, 2013

5 Cara pujuk Teman Wanita yang kuat merajuk

Teman wanita sakit hati dengan anda dan terus merajuk? Usah bimbang, di sini saya senaraikan beberapa langkah yang pasti membantu anda memujuk si dia tersayang.

Minta maaf


Tidak kisahlah samada anda rasa perkara tersebut merupakan perkara remeh ataupun anda tidak sedar pun apa kesalahan anda, namun perkara utama dalam memujuk hati si dia adalah dengan meringankan mulut dan minta maaf. Marah macam mana pun, perkataan maaf itu pasti melembutkan hati si dia.



Bagi hadiah

Ada perempuan yang sukakan bunga, ada yang sukakan cokelat. Cuba fikirkan apa yang teman wanita anda sukakan. Tidak semestinya beli sepatu tumit tinggi mewah daripada Christian Louboutin (tetapi kalau berbuat demikian, pasti si dia lupa terus tengah marah), yang penting hadiah itu datang tulus ikhlas dari hati.


Bawa bercuti

Bersiar di tepi pantai juga merupakan cara yang baik untuk menenangkan perasaan si dia. (Tambahan tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak!)




Ajak beli-belah

Wanita dan membeli-belah bagai aur dengan tebing. Ajak sahaja si dia ke pusat membeli-belah pasti hati si dia akan lembut. Tetapi bersedialah kad kredit, mana tahu si dia jenis yang degil dan hanya akan tersenyum jika anda janjikan dres baru.



Makan malam

Waktu malam merupakan masa yang afdhal untuk memujuk orang. Bagi tenang dahulu, baru mula berbicara tentang perkara yang digaduhkan. Kalau nak lagi bagus, bawa makan malam romantik. Tidak ada gadis yang sanggup tahan marah kalau dilayan seperti puteri!

Tuesday, September 24, 2013

It’s OK…but it’s NOT!

Kononnya semua okay, tetapi sebenarnya semua NOT OKAY. You jeles giler tapi simpan, you sakit hati tapi pendam, you geram sangat dengan perangai dia yang tak jaga hati you tapi you just be cool, sebabnya? BELUM DECLARE…jadi you bukan kekasihnya lagilah.
PADAHAL… you dah pergi everywhere dengan dia, you dah spend most of the time dengan dia, you dah buat macam-macam dengan dia, you dan dia bersama setiap waktu walau di online mau pun offline…
Itu bukan couple lagi ke?… hanya kerana ego, tak nak mengaku, hanya kerana maruah lalu pendamkan perasaan? …yang jantan pulak, layankan je la ya. Sengaja buat-buat tak terikat sebab, ramai lagi nak dilayan ni…
Yang kerugian siapa? …makin lama makan tahun, statusnya tetap sama. Special sikit tapi tidak semua, couple sikit tapi tidak sepenuhnya, …and what you say?
  • IT’S OKAY…BUT THE REAL THING IS, IT’S NOT OKAY!
Deep inside you meronta-ronta nak dia faham, berdentam-dentum nak dia mulakan percintaan, kegeraman nak dia buat keputusan untuk DECLARE!
Apa guna semua tu? CINTA tak perlu nak declare, COUPLE tak perlu nak dicanangkan satu dunia, dari perbuatan, dari kelakuan, dari pengorbanan, itu semua sudah menyatakan apa yang sebenar-benarnya! … adakah setelah sekian lama bersama, bertahun-tahun bergembira bersama, at the end of the day, mamat ni pergi dengan girl lain, kahwin dengan orang lain, you takkan terasa?! Giler ke apa?
  • APA? berkepit berdua sana-sini setiap masa, bergayut ditalian sampai meninggi bill telefon, malah semua kawan-kawan pun tahu… TAPI semua tu HANYA KAWAN BIASA?

This is a wake call… Boohoo to your ego! …jangan jadi bodoh babe, jangan sampai diperguna sedemikian rupa. Biar malu sekarang, biar hilang sekarang daripada menanggung kerugian besar di kemudian hari. Jika benar dia mencintai you… dia takkan hilang malah dia akan memulakan percintaan ini dengan mengikat tali pertunangan, if not at least, dia akan lebih mesra dari biasa dan lebih bertanggungjawab.
BUT if hanya kerana you mahukan perhubungan ini melangkah setapak yang lebih serius membuatkan dia nak break off, well go to hell with him lah… jelas sangat dia tak berguna dan tak ada nilai langsung untuk you fikir untuk even bersama, jauh sekali untuk berkahwin.
  • kata you, “I tak nak kahwin lagi… nanti-nanti” … YAAA RIGHT! When? …when you 40? You’re not getting younger babe… you’re getting older each and every second!
Jangan hidup ‘IN DENIAL’ menidakkan yang benar, mengiakan yang batil. Jangan sampai you dah tua kerepot, tapi masih mencari cinta sudahlah… by that time, you gonna feel damn lonely… teramat sunyi sesangat. At that time, no one can help you no more babe… kawan-kawan lain pun dah sibuk dengan anak-anak masing-masing dah… no time to hang out with you anymore…
SEDARLAH babe… sebelum terlambat!

30 Soalan, Wanita MESTI tanya LELAKI!

YES! Tanya LELAKI! …so 1st of all, lelaki tidak dibenarkan membaca artikel ini! Warning!! Womens’ ONLY!! Hehehe… Girls, wanita dan gadis-gadis sekalian. You all selalu sangat bertanya I,

  • Macamana nak berjaya dalam cinta?
  • Bagaimana nak buat lelaki serius dan setia pada kita?
  • Bagaimana nak pikat lelaki yang mahu berkahwin dengan kita?…

So this is the first few steps yang you all MUST DO. Kalau you follow, I’m sure you …you akan berjaya. Sebab, most likely tak ramai lelaki akan suka dengan cara ni…kerana mereka hanya nak have fun saja. Jadi, PASTI lelaki yang betul-betul serius, real dan BUKAN nak main-main saja yang akan berani to answer you.

1 SEBAB UTAMA wanita selalu dikecewakan lelaki adalah kerana mereka takut dan risau lelaki tidak suka dengan mereka lantaran itu, ikut je apa yang lelaki itu minta. Biar je lelaki itu control seluruh hidupnya.
Itulah silapnya, but it’s okay nothing is too late. Now, if you already have a boyfriend, atau baru berkenalan dengan lelaki, atau ingin tahu apa lelaki fikirkan, or maybe you wondering about your ex boyfriend dulu tu bagus or not,…you boleh lah try all these questions. Cuba ketahui jawapan mereka kepada 30 soalan penting ini yang Wanita PATUT tanya pada Lelaki!
Ready? Soalan-soalannya :-
So, there you go! 30 soalan yang pasti akan menghangatkan punggung si lelaki! Hahahaha…so, tak sabar kan nak tahu jawapan dari kenalan lelaki you all.
  • 1 – Bilakah you merancang untuk berkahwin? – Yes, ini adalah soalan utama, kena tanya awal-awal untuk lihat pendiriannya yang sebenar. Ini kena tahu dulu… baru boleh berkawan dengan lebih rapat.
  • 2 – Bilakah you bercadang untuk mempunyai anak? – Yes ini juga amat penting ditanya awal-awal, untuk mengetahui berapa lama untuk dia serius dengan masa depannya.
  • 3 – Sekiranya you bercinta, berapa tahun you nak bercinta sehingga ke waktu untuk mendirikan rumahtangga? – Oops, trick questions hehe…another way untuk tahu.
  • 4 – Pernahkah menjadi Imam untuk solat berjemaah? – Haaa…suspen mamat tu nanti hahaha, suruh dia baca doa sekali! :)
  • 5 – Sejauh manakah pegangan dan pengetahuan agama anda? – Tak perlu nak cakap la kan, this is one of the most important questions! Tanyakan hukum-hakam jugak.
  • 6 – Sekiranya you sudah berkahwin, adakah you akan mengahwini seorang lagi wanita demi untuk menjaga maruah wanita itu? – Oops… another trick questions! Hahaha…jawab-jawab :D
  • 7 – Wanita yang bagaimana yang you cari? – Senang tahu awal… you all boleh nak berubah to be like it, or can tarik diri…no one gets hurt.
  • 8 – Wanita yang bagaimana pula parents you looking for? – Penting sangat-sangat, takut bila dah bercinta lama, sekali terhalang, leceh.
  • 9 – You suka spending time dengan anak-anak saudara you? – A way to know if he is a loving person.
  • 10 – You suka bela kucing? Or any other pets? Another loving test…
  • 11 – Adakah you suka dengan pekerjaan yang you lakukan sekarang? – Better way to ask about his job and his feeling towards it.
  • 12 – Dalam 3 tahun lagi, dimana you melihat karier you berada? – Kewangan also must check!
  • 13 – Sekiranya lepas 3 tahun, karier you tidak berubah, masih ditakuk lama dan tiada kemajuan, apa back-up plan you untuk berjaya dalam hidup ? – Haaa…menangis dia, ingat main-main ke nak kenal awek, pastu tak ready for future? :P
  • 14 – I’m sure you pernah bercinta dulu, …bila break? Haaa…tengok cara jawapannya. Kalau terus menjawab, means dia jujur lah tu. Kalau teragak-agak je, telan air liru dulu ke, atau “Errr…err” dulu ke… baru break dah gatal nak mengorat lah tu :D
  • 15 – Mengapa putus cinta, apa sebabnya? – Percaya pada naluri anda kat sini okay… feel it in your heart.
  • 16 – Berapa ramai ex–girlfriends you ada dalam sepanjang hidup you? -  Perhatikan dahinya, berkerut tandanya dia mahu menyembunyikan, kalau mulai memegang dan mengusap muka, tubuh, tanda dia tidak selesa… Ramai lah tu hehe…move on to the next questions!
  • 17 – Apa hobi you? – Hehe…barulah ringan sikit soalan tu kan, tapi still important untuk kita tahu untuk mudah jika punya hobi yang sama.
  • 18 – Apa yang you suka lakukan masa cuti or time free? – Lighter questions untuk relax kan dia balik… let him talk, and you listen carefully.
  • 19 – Apa favourite movie you? – Best juga jika dapat tahu mempunyai citarasa yang sama.
  • 20 – Apa favourite music you? – Another light questions…
  • 21 – Siapa yang paling you benci dalam hidup you? – berat balik hahaha… penting soalan ni. Kat sini you boleh tengok dia benci tahap mana…
  • 22 – Pernah tak you marahkan orang yang you tak kenal? – very tricky! Lelaki ni kalau dia ego, dia akan bangga menceritakan yang dia pernah marah…Kalau tak pernah, Alhamdulillah.
  • 23 – Apakah perkara yang paling romantis yang you pernah buat?
  • 24 – Adakah you pernah imagine dan idamkan saat-saat romantis bersama girlfriend you yang akan datang?
  • 25 – Apa yang you paling suka dalam hidup you? – Sounded simple but disini you akan dapat menggambarkan dirinya.
  • 26 – Adakah you seorang yang sosial? Important questions.
  • 27 – If you sudah ada girlfriend, adakah you masih akan berkawan dengan kawan-kawan wanita you yang lain? – The best answer is, “I akan tetap berkawan tetapi I suka jika you pun sama-sama jadi kawan dengan mereka” – Itu satu jawapan yang sangat jujur.
  • 28 – Adakah you akan tinggalkan your wife,  jika dapat kerja outstations?
  • 29 – Berapa lama you boleh berjauhan dari your wife?
  • 30 – Apakah tujuan sebenar perkenalan kita ni? – hehe…final soalan, haa… macamana nak jawab tu agak-agak? The best answer is, “Kita berkawan dan berkenalan dulu… jika kita saling suka, slowly kita go to the next stage, we take our time to enjoy the moment!” – So, dia bukan jenis gelojoh la kan ;)