Minta maaf
Tidak kisahlah samada anda rasa perkara tersebut merupakan perkara remeh ataupun anda tidak sedar pun apa kesalahan anda, namun perkara utama dalam memujuk hati si dia adalah dengan meringankan mulut dan minta maaf. Marah macam mana pun, perkataan maaf itu pasti melembutkan hati si dia.
Bagi hadiah
Ada perempuan yang sukakan bunga, ada yang sukakan cokelat. Cuba fikirkan apa yang teman wanita anda sukakan. Tidak semestinya beli sepatu tumit tinggi mewah daripada Christian Louboutin (tetapi kalau berbuat demikian, pasti si dia lupa terus tengah marah), yang penting hadiah itu datang tulus ikhlas dari hati.
Bawa bercuti
Bersiar di tepi pantai juga merupakan cara yang baik untuk menenangkan perasaan si dia. (Tambahan tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak!)
Ajak beli-belah
Wanita dan membeli-belah bagai aur dengan tebing. Ajak sahaja si dia ke pusat membeli-belah pasti hati si dia akan lembut. Tetapi bersedialah kad kredit, mana tahu si dia jenis yang degil dan hanya akan tersenyum jika anda janjikan dres baru.
Makan malam
Waktu malam merupakan masa yang afdhal untuk memujuk orang. Bagi tenang dahulu, baru mula berbicara tentang perkara yang digaduhkan. Kalau nak lagi bagus, bawa makan malam romantik. Tidak ada gadis yang sanggup tahan marah kalau dilayan seperti puteri!
No comments:
Post a Comment