TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN
1 Kita boleh menggayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3 warna. Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semulajadi seperti putih, coklat krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria seperti hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu mahupun merah. Gabungan warna semulajadi dan warna ceria mampu membuatkan anda nampak lebih ceria & muda. Namun yang demikian, jika anda tidak yakin bermain dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti rantai, gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau gabungkan warna tudung merah & biru.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak kosong (plain) senada.
3 Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.
4 Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh badan anda terlebih dahulu. Tips berikut mengenai tips memilih pakaian mengikut tubuh & warna kulit.
TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASAKAN BENTUK BADAN
Badan gempal dan tinggi
Individu seperti ini sesuai menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.
Badan kurus dan rendah
Jika anda golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy!
Badan kurus dan tinggi
Untuk individu yang berbadan kurus dan tunggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
Untuk mengetahui jenis pakaian apa yang tepat, anda perlu ketahui dahulu bentuk tubuh anda kategori yang mana. Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri daripada 4 jenis iaitu :-
(a) Bentuk Badan Buah Pear
Ciri wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bagian bawah pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.
Tips untuk bentuk badan buah pear :
- 1. Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
- 2. Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.
3. Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul anda yang besar.
(b) Bentuk Tubuh Epal
Bentuk Tubuh Epal
Dikatakan berbentuk epal kerana tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar.
Tips untuk bentuk tubuh epal :
1. Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.
2. Seluar dan skirt berpotongan lurus sesuai digayakan.
3. Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.
4. Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi.
5. Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.
(c ) Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.
Tips untuk tubuh 4 segi :
1. Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.
2. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.
(d) Bentuk Jam pasir
Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggang sehingga terlihat seksi.
Tips untuk tubuh jam pasir :
- Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis pakaian.
- Kepada yang tidak memakai tudung, anda boleh memakai pakaian bahagian atas (leher) jenis yang terbuka untuk menonjolkan bentuk bahu yang indah.
- Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar dengan potongan A-line agar anda kelihatan ramping.
4. Serlahkan penampilan anda dengan warna-warna ceria
TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN KULIT
- Kulit Putih/Cerah
Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yang sesuai sangat senang dan banyak. Jika anda berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam dan biru terang. Jauhi memakai pakaian bewarna pastel seperti coklat dan biru muda kerana ia akan membuatkan anda nampak pucat.
- Kulit Sawo Matang
Orang Malaysia kebanyakkan berkulit sawo matang. Kira warna kulit standard orang Malaysia atau lebih tepat kulit orang melayu. Untuk anda yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan menyerlah. Harus diingati anda yang berkulit ini tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, ia akan membuatkan anda kelihatan kusam.
- Kulit Gelap/Hitam Manis
Untuk yang berkulit gelap serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna cerah dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, dan kelabu. Elakkan memakai warna gelap seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap.
No comments:
Post a Comment