Sunday, August 17, 2014

Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Anda Dan Masa Yang Terbaik Untuk Anda Mendapatkannya


Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini, ternanti-nanti bilakah akan tibanya jodoh anda? Sudah lama anda tunggu dan mencuba untuk mencari jodoh. Tetapi sampai sekarang masih tak dapat-dapat.Sedangkan rakan-rakan anda yang lain sudah pun mempunyai pasangan dan ada yang telah berkahwin.

Anda?

Masih keseorangan menanti jodoh yang tidak berkunjung tiba. Bersendirian mengenang nasib menimpa diri.Anda pun ingin berkahwin. Anda pun ingin mendapatkan kelebihan dalam perkahwinan.Tetapi kenapa masih tak jumpa jodoh anda?

Anda sebenarnya belum bersedia…

Jika anda fikir baik-baik, ambil masa duduk fikir sejenak, anda akan tahu kenapa ianya terjadi.
Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it (100+) islamic quotes | Tumblr
Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Allah tahu bilakah masa yang sesuai untuk kita memperolehnya. Sebagai contoh, mungkin anda ingin mempunyai pasangan dan ingin berkahwin pada waktu ini. Tetapi sampai sekarang anda masih tidak jumpa pun pasangan anda dan sampai sekarang anda masih tidak kahwin-kahwin.

Apabila anda fikir baik-baik, sebenarnya anda masih belum bersedia untuk berkahwin. Mungkin anda ada masalah dari segi kewangan. Kalau anda kahwin, mungkin anda terpaksa buat pinjaman dan terbeban menanggung hutang selepas berkahwin.

Hutang kahwin nak kena bayar. Makan minum si dia pun anda perlu tanggung. Anda sebenarnya belum mampu lagi untuk berkahwin dengan si dia. Anda sebenarnya belum bersedia untuk berkahwin.

Tetapi jika tiba masanya, allah akan permudahkan jalan dan anda akan rasa senangnya untuk berkahwin ni. Tak perlu pun nak pening kepala fikir macam-macam masalah sebab allah sudah bantu anda.
Allah maha mengetahui

Contoh lain pula bagi mereka yang ingin mendapatkan anak. Kahwin dah lama, tetapi sampai sekarang masih tak dapat anak lagi.Semua itu adalah ketentuannya. Mungkin kalau diberikan anak kepada anda, anak itu mungkin tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya.Atau anda mungkin tidak dapat fokus dengan projek besar yang anda sedang kendalikan di pejabat dan akhirnya anda dibuang kerja kerana gagal menyiapkan projek mengikut jadual kerana sibuk menguruskan anak.Ingatlah, allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Jika tiba masanya, jika itulah saatnya, percayalah allah akan berikan ia kepada anda.
Apa yang penting, jangan berputus asa dan yakinlah bahawa allah tahu apa yang terbaik untuk diri anda dan tahu bilakah masa yang terbaik untuk anda mendapatkannya.

Ucapan Perkahwinan Yang Mengikut Syarak

Salam Sabtu. Cheq nak kongsi serba sedikit mengenai ucapan yang kebiasaannya yang kita dok ucapkan dekat bakal pengantin.Cuba korang jujur,agak2 korang wish apa dekat pasangan/kawan korang yang baru berkawin?Hah..Mesti korang wish macam ni kan:-
  • selamat pengantin baru,moga-moga cepat dapat anak
  • semoga berkekalan hingga akhir hayat
  • semoga berbahagia ke anak cucu
betol tak?
ihsan cik google 

Hah bukan nak menyingguungkan mana-mana pihak tapi dah sememangnya da menjadi kebiasaannya dan ikutan daripada lapisan masyarakat tanpa mengira kaum,warna kulit mengunakan ucapan macma tuh.Bagi Cheq sebenarnya tak salah pon kalau nk wish macam tuh,tapi dari segi syarak mengikut islam ini adalah bertentangan dengan ajaran Rasulullah.


Kisah pertama
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,


"Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata,
“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, 
“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab,
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu).

Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]


Kisah kedua
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,
“Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab,
“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda,
(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]


Kisah ketiga
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]


Kisah keempat
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

*Dipetik dari Blog MyJodoh

Dari penerangan di atas, jelaslah kepada kita cara sebenar yang diajar oleh rasulullah untuk berdoa kepada pasangan pengantin. 

1. semoga bahagia sehingga ke anak cucu: 
Tapi cuba fikir betul-betul, bagaimana selepas anak cucu? Adakah doa kita hanya untuk kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu sahaja?


2. ‘Semoga kekal sepanjang hayat’:
Pernikahan kita adalah kerana Allah untuk bekalan di akhirat kelak. Jika berdoa semoga kekal hingga ke akhir hayat, bagaimana pula selepas akhir hayat? Apakah kebaikan perkahwinan yang kekal sehingga ke akhir hayat tetapi tiada keberkatan dalam perkahwinan tersebut? Apa akan terjadi jika pasangan suami isteri tersebut terpaksa berpisah kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan? Masyarakat akan mula mengata, ahli keluarga sendiri akan merasa hina dan seumpamanya, padahal perpisahan yang berlaku itu adalah lebih baik dari meneruskan kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Apa yang kita mahukan dalam sebuah perkahwinan adalah keberkatan dan kebaikan. 

Seandainya musibah menimpa sehingga kita terpaksa berpisah, biarlah perpisahan itu dilakukan dengan baik dan ia tidak sesekali dipandang serong. Aturan Allah amat sempurna untuk kita. Ditemukan kita dengan pasangan suami atau isteri pertama untuk seketika, kemudian ditemukan pula dengan pasangan lain yang lebih sempurna.

Apa yang kita mahukan ialah sentiasa menjalani kehidupan yang berkat walau sesiapa pun pasangan kita. 

Siti Khadijah sendiri adalah seorang janda. Jika Allah tidak pisahkan Khadijah dengan bekas suaminya, bagaimana pula Siti Khadijah akan menjadi isteri manusia pertama paling sempurna dalam dunia ini?
Oleh itu, sentiasalah mengambil doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah dalam kehidupan kita. Jangan merekacipta doa-doa sendiri yang tidak punyai maksud yang baik.

Wallahualam.....

Monday, July 14, 2014

2014 FIFA World Cup



Senarai anugerah FIFA 2014 
Pemain terbaik kejohanan: Lionel Messi (Argentina) Penjaring terbanyak: James Rodriguez (Colombia) - 6 gol Penjaga gol terbaik: Manuel Neuer (Jerman) Pemain muda terbaik: Paul Pogba (Perancis) Anugerah Fair Play: Colombia

FWC 2018 - RUSSIA... see u there  hihihihi

Thursday, July 3, 2014

Info Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT


Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar 
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat 

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear 
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 
shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama


Thursday, June 5, 2014

Misteri Kemunculan Rama-Rama Gergasi

Kehadiran rama-rama yang begitu banyak sebenarnya memang menakjubkan. Ianya bukan hanya berlaku di Pahang bahkan hampir seluruh negara diserang rama-rama.  

Serangga bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang. 

http://4.bp.blogspot.com/-zlv7V0XVPxM/U4cSBSkdiBI/AAAAAAAAD8U/DpNQqV7i3qA/s1600/IMG-20140529-WA0003.jpg

Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Profesor Che Salmah Mat Rawi, berkata serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile. 

Beliau berkata, pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu di bandar ini. 
"Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun. 
Misteri Kemunculan Rama-Rama Gergasi
"Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar," katanya ketika dihubungi di sini. Prof Che Salmah berkata, faktor tarikan lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga ini turut mempengaruhi kemunculannya. 
"Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh. 
"Bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah," katanya. 

Friday, May 2, 2014

DOA BULAN REJAB

Salam Rejab " Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. " Amin.Semoga bulan Rejab membawa 1001 keberkatan kepada kita semua.
“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.” 



Thursday, March 27, 2014

10 Tempat Makan Menarik dan Best di Kuala Lumpur


Restoran Murni Bukit Jalil
41, Jalan 16/155C, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Bukit Jalil dan tiba-tiba terasa lapar, kini terdapat satu lagi pilihan tempat makan yang amat menyelerakan iaitu Restoran Murni. Sebenarnya Restoran Murni ini adalah salah satu cawangan daripada Restoran Murni yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Menu yang ditawarkan juga hampir sama.
Restoran Murni ini menawarkan makanan barat (western food), makanan ala thai dan pelbagai lagi menu yang sesuai untuk disajikan kepada seisi keluarga. Antara menu yang disarankan oleh pengunjung-pengunjung tetap restoran ini adalah Mee Raja dan juga Spagheti Seafood Carbonara yang dianggap antara menu tersohor di sini.
Selain itu, makanan barat seperti Chicken Grill juga boleh didapati pada harga yang berpatutan dan cara hidangannya amat impresif dan membuka selera.  Makanan barat lain turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Roti Hawaii yang berkonsepkan roti canai / murtabak dan pizza ini pula merupakan menu yang sungguh jarang didapati di tempat lain.
Makanan Melayu seperti nasi lemak juga dihidangkan dengan cara yang tersendiri. Biasanya ia disertakan dengan pilihan rendang daging dan ayam. Bagi yang menggemari nasi lemak, nasi lemak di sini tidak mungkin mengecewakan.

Restoran Murni Bukit Jalil
Memang banyak portion
Restoran Murni Bukit Jalil
Antara pilihan air buah
Restoran Murni Bukit Jalil
Waktu malam
Satu perkara yang menjadi buah mulut dikalangan pengunjung adalah perkhidmatannya yang boleh dianggap berkualiti kerana makanan disediakan dalam masa yang pantas. Layanan juga dikatakan kelas pertama. Bagi mereka yang benar-benar kelaparan, anda tidak perlu memesan makanan lebih kerana restoran ini menghidangkan dalam kuantiti yang banyak untuk setiap hidangan.
Sekiranya anda tersesat atau sememangnya berada di kawasan Bukit Jalil, restoran ini boleh menjadi salah satu destinasi anda.

  Restoran Alissara (Thai Cuisine)
Cs23 Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, Puchong
Masakan Thai merupakan salah satu menu kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana saja. Restoran masakan Thai pula tumbuh bagai cendawan tidak kira di kota mahupun di desa. Ada yang berjaya menawan selera pelanggan malah ada juga yang suam-suam kuku.
Di Puchong, Restoran Alissara Thai Cuisine boleh dianggap berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bermula lebih 6 tahun dulu di Puchong Perdana, ia berkembang menjadi sebuah restoran yang setanding dengan restoran Thai yang lain seperti Sabye Sabye Thai atau Seri Thai. Restoran ini adalah eksklusif untuk makanan Thai.
Menunya meliputi hidangan ala carte berbentuk nasi, bihun, mee dan sebagainya. Tidak kurang juga menu lauk pauk seperti ikan kerapu masam manis, ikan siakap tiga rasa, pilihan aneka tomyam dan menu masakan seafood seperti kerang-kerangan, siput, lalah, udang serta sotong. Terdapat juga menu sayuran seperti kailan dan kangkung. Menurut pelanggan-pelaggan tetap restoran ini, makanan di sini mempunyai rasa Thai sebenar walaupun sedikit pedas. Cuma ada yang memilih sup perahu pecah dan kari hijau berbanding tomyam.
Restoran Alissara
Warna hijau
Restoran Alissara
Cuba teka
Salah satu kelebihan yang sering disebut berkenaan restoran ini adalah kesegaran makanan lautnya samada ikan, udang, sotong, ketam mahupun apa saja.
Tahap perkhidmatannya juga agak baik dan harganya walaupun tidak semurah warung tetapi masih menjimatkan berbanding restoran makanan Thai yang termasyhur. Tidak hairanlah jika restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan dan menjadi pilihan utama. Ada yang menganggap Restoran Alissara ini adalah restoran makanan Thai terbaik di Puchong.
Satay Willy
Sungai Ramal Food Junction, Kajang
Sate Kajang pastinya bukanlah nama yang asing dikalangan rakyat Malaysia. Daripada kanak-kanak sehinggalah yang tua pasti tahu dan pernah merasakan keenakan sate Kajang. Apabila berbicara tentang sate Kajang, tidak dapat tidak nama Haji Samuri akan menjadi bualan. Namun di Sungai Ramal Food Junction, terdapat Satay Willy yang semakin mencipta nama.
Beroperasi bermula sebelah petang, barisan beratur akan mula panjang selepas jam 6 petang dan mencapai kemuncak pada jam 8 malam. Sate yang dihidangkan di sini sangat ‘juicy’ dan lembut dan begitu mudah memikat selera siapa saja yang merasainya.  Dengan harga yang amat berpatutan iaitu bermula daripada 70 sen, ia pastinya berbaloi untuk dicuba.
Sate willy
Makan dengan ketupat nasi, memang terbaik!
Sate willy
Ruangan bakar
Gerai Satay Willy ini menawarkan aneka pilihan sate berserta set lengkapnya seperti timun dan bawang serta kuah yang pekat dan sedap. Juga terdapat lontong iaitu nasi impit berbalut daun pisang berbentuk lemang yang amat mengenyangkan. Keenakan Satay Willy ini dikatakan setaraf dengan satay Haji Samuri malah ada pelanggan yang tidak ragu-ragu mengatakan Satay Willy lebih sedap dan berbaloi.
Oleh kerana kedudukannya di ‘food junction’ maka makanan lain turut terdapat daripada gerai yang lain untuk variasi. Minuman juga boleh dipesan dari mana-mana gerai minuman yang ada di situ.
Mali’s Corner
Taman Bunga Raya, Jalan Malinja 2,
Taman Bunga Raya, Setapak Kuala Lumpur
Kuala Lumpur menjanjikan makanan yang terbaik walaupun berasal daripada tempat lain. Char kuey teow yang berasal daripada Pulau Pinang masih boleh dinikmati ketulenannya di Mali’s Corner, Setapak. Melihat barisan yang panjang untuk memesan sudah cukup menggambarkan keenakan makanan tersebut. Tidak mungkin pelanggan sanggup beratur begitu panjang jika hidangannya tidak berbaloi.
Mali’s Corner Taman Bunga Raya ini selain menawarkan char kuey teow turut juga memiliki menu nasi lemak ayam goreng yang tidak kurang hebatnya. Rasa char kuey teow di sini amat sedap dan menyelerakan dengan kuah yang berperisa dan juga udang yang segar. Sambal nasi lemaknya sedikit manis tetapi masih lagi mampu mengecurkan liur dengan ayam berempah yang berperisa. Walaupun barisan menunggunya agak panjang, namun servis gerai ini amat baik kerana mereka memiliki pekerja yang ramai.
Mali's Corner
Char Koey Teow yang sedap
Mali’s Corner kini memiliki beberapa lagi cawangannya ditempat-tempat yang lain untuk memberikan rasa char kuey teow Pulau Pinang sebenar kepada penduduk Kuala Lumpur.
Salah satu kelemahannya adalah pelanggan terpaksa beratur untuk char kuey teow,  nasi lemak dan minuman. Ini bererti pelanggan yang keseorangan perlu beratur beberapa kali untuk mendapatkan sajian lengkap.
Untuk lebih selesa mungkin anda boleh pergi ke cawangan di Petaling Jaya. Ianya di dalam kedai dan suasananya lebih menarik. Alamat cawangan di Petaling Jaya adalah di Jalan PJS 4/27a (Jalan PJS 2d/1), 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Restaurant Rosdet Tomyam
160, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur
Tomyam Kampung Baru, satu istilah yang amat sebati di kalangan penggemar-penggemar tomyam sekitar Kuala Lumpur dan juga di kalangan pengunjung-pemgunjung dari luar. Maka tidak hairanlah sekiranya restoran tomyam sekitar Kampung Baru sering dipenuhi pelanggan terutamanya pada musim cuti. Antara restoran yang memikat selera adalah Restoran Rosdet Tomyam yang terletak bersebelahan KL International Hotel.
Rosdet Tomyam
Siakap yang sedap
Rosdet Toyam
Sedapnya
Rosdet Tomyam
Rosdet Tomyam
Tarikan tomyam restoran ini amat kuat sehingga ada pengunjung dari luar yang sanggup “check-in” di hotel KLI semata-mata kerana tomyam tersebut. Tomyam di sini boleh dipesan dalam pelbagai kombinasi samada tomyam ayam, daging, seafood, udang atau apa saja yang berkenan di hati. Kuahnya juga amat unik dan hanya boleh dirasai di restoran ini. Rasa tomyam yang pekat, pedas dan masam secukupnya membuatkan anda akan datang lagi tanpa berfikir panjang.
Selain tomyam yang merupakan mercu tanda restoran ini, ia juga menghidangkan makanan laut yang enak serta juga masakan Thai yang boleh dikategorikan sebagai “excellent”. Sup campur dan sup sayurnya juga berada dalam tahap memukau.  Satu lagi menu yang kerapkali menambat selera pengunjung-pengunjung tetap adalah nasi bubur berlauk yang amat memuaskan. Jika anda memesan teh atau kopi halia di restoran ini, jangan terkejut sekiranya anda akan mendapat seketul halia segar di dalam minuman anda.
Harga makanan di sini juga berpatutan kerana ia dihidangkan agak banyak. Oleh itu, ia adalah tempat makan keluarga yang paling sesuai. Persekitarannya juga amat bersih dan servisnya juga boleh dianggap baik jika dilihat kepada tahap kesibukan di restoran ini.

Warung Dusun Gearbox
Persiaran Jaya (Seksyen 9), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Terdapat beberapa premis masakan sup di Lembah Kelang yang menawarkan sup daging, sup tulang dan sup ayam yang terbaik. Namun sup gearbox warung Dusun di Bangi ini tidak boleh ditandingi mana-mana sup yang lain. Sup tulang kaki atau gearbox di sini amat menyelerakan dan digemari penduduk tempatan mahupun pengunjung dari luar.
Supnya yang berperisa, daging yang lembut membalut tulang serta sum-sum dalam tulang yang amat sedap. Di sini, anda boleh melihat setiap meja pasti ada semangkuk besar sup gearbox lengkap dengan penyedut minuman untuk menyedut kuah dan sum-sum. Ada pengunjung yang menyedut hingga pening lalat. Lupakan seketika masalah lain kerana sup di sini memang terbaik untuk dinikmati.
Warung Dusun Gearbox
Waktu malam
Warung Dusun Gearbox
Sup yang bersaiz besar
Warung Dusun Gearbox
Antara menu lain
Bagi pelanggan yang tidak gemarkan sup, di sini juga terdapat makanan lain seperti mee, kueyteow, bihun malah nasi serta lauk pauk yang juga membuka selera. Ikan bakarnya juga tidak menghampakan. Terdapat ikan siakap, kembung dan bermacam-macam lagi tetapi rata-rata pengunjung memilih ikan pari bakar yang dianggap “marvellous”. Tomyam di sini juga boleh dilabelkan sebagai antara yang terbaik.
Persekitaran warung ini amat menyegarkan dan menarik kerana ia di kelilingi oleh gerai-gerai otak-otak, tauhu bakar dan ikan bakar serta bermacam-macam lagi juadah untuk dinikmati secara santai. Otak-otak di sini boleh diangkat setaraf dengan otak-otak Gelang Patah yang popular dari Johor tersebut. Ini juga adalah salah satu menu istmewa yang mesti dicuba di warung dusun bangi ini.
Harganya, pastinya lebih murah berbanding restoran tomyam yang lain di sekitar Bangi. jadi sekiranya anda di Bangi atau dalam perjalanan melalui Bangi, amat wajar untuk singgah dan menikmati sup gearbox dan otak-otak di Warung ini.

Burger Bakar Abang Burn
Dagang Avenue (Jalan B/3A, Taman Dagang), 68000 Ampang, Selangor
Burger, burger, burger. Antara menu yang paling popular di dunia. Hampir setiap individu di dunia tahu apa itu burger. Burger adalah antara sajian lengkap yang mempunyai karbohidrat, protein dan sayuran dalam satu hidangan yang sama malah boleh dikatakan dalam setiap gigitan. Malah ia adalah sajian yang ringkas, cepat dan mobil. Kini burger diinovasikan dalam pelbagai cara dan perisa mengikut selera masyarakat setempat.
Burger Bakar Abang Burn1
Terliur betul
Burger Bakar Abang Burn
Meatball Burger Bakar Abang Burn
Di Malaysia ketika ini, burger bakar mula menjadi bualan dan amat digemari dimana saja. Burger Bakar Abang Burn merupakan salah satu perintis kepada fenomena ini. Kedai mereka di Ampang boleh dianggap ibu pejabat kepada lebih 19 cawangan yang beroperasi kini kerana di sinilah sejarah kedai burger ini bermula. Menurut penggemar-penggemar burger bakar, Abang Burn adalah penyaji burger bakar terbaik dalam kelasnya.
Burger yang disajikan mempunyai patti daging yang lembut dan berjus dengan roti juga lembut dan berperisa. Ayamnya juga garing dengan isi yang basah dan berempah. Sosnya juga tak terlalu meleleh dan memintas selera. Setiap gigitan membuatkan kita seolah-olah melantun ke udara. Ditambah dengan sayuran yang segar dan bersih. Saiznya juga seimbang dan tidak keterlaluan. Pendek kata burger bakar Abang Burn ini hampir sempurna.
Selain burgernya yang enak, kedai ini turut menyajikan meatball ala IKEA yang “outstanding”. Hidangan ini juga boleh dianggap ‘killer’ di sini. Dagingnya begitu baik diperisakan dengan rempah ratus yang rahsia. Jika dimakan dalam kuahnya yang unik, sememangnya satu kombinasi yang terbaik.
Harganya pastilah amat berbaloi dan servis yang pantas menyumbang kepada permintaan yang amat tinggi. Jika anda lambat, pasti terperangkap dalam barisan yang panjang. Boleh juga baca artikel kami Burger Bakar Abang Burn di Ramal Junction di sini.

 IKEA Food Court@Mutiara Damansara
No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
IKEA merupakan sebuah pasaraya perabot dari Sweden yang tidak asing dikalangan warga negara ini. Perabotnya yang moden dan ringkas menarik perhatian masyarakat Malaysia. Namun IKEA bukan saja pengeluar perabot yang baik tetapi juga menyajikan makanan yang baik. Di tingkat bawahnya, terdapat “food court” yang menghidangkan makanan ala Eropah yang popular. Menu di sini terdiri daripada savouri dan pencuci mulut yang amat enak. Ia juga dihidangkan dengan amat kreatif dan menarik. Terdapat kek ala Eropah (terutamanya Sweden), masakan salmon dan beberapa lagi menu Scandinavian yang enak-enak belaka.
Daripada kebanyakan menu yang ditawarkan, paling popular semestinya “meatball” yang dihidangkan dalam sos yang tersendiri. Dikenali sebagai Swedish Meatball, ia merupakan “signature dish” di sini. Malah dianggap antara “meatball” terbaik di Lembah Kelang.
Meatball Ikea
Bahagian hadapan
meatball-ikea-1
Kuah memang special
Meatball Ikea
Pelbagai menu sedap yang lain
Di mana-mana sahaja, pasti Swedish Meatball ini akan menjadi bandingan sekiranya membabitkan hidangan “meatball”. Boleh dikatakan majority pelanggan ke “food court” ini malah pengunjung IKEA tidak akan melepaskan peluang menikmati hidangan ini. Ada juga kalangan yang sengaja datang semata-mata untuk makan di “food court” ini.
Untuk berlaku adil, makanan lain di sini juga tidak mengecewakan.

 Restoran Nelayan Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Temerloh, 53200 Kuala Lumpur
Taman Tasik Titiwangsa amat dikenali sejak dulu sebagai salah satu tempat pelancongan menarik untuk dilawati. Berhampiran taman ini juga terdapat beberapa tempat tarikan pelancong seperti Istana Budaya dan juga Galeri Seni Kebangsaan. Jika anda mahukan pemandangan indah berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, pastinya di sinilah tempat terbaik.
Satu tarikan utama sejak dulu di sini adalah Restoran Nelayan yang menghidangkan makanan laut serta masakan Melayu sejati dalam persekitaran yang nyaman seolah-olah terapung di atas tasik. Pada waktu tengahari, hidangan makanan laut ala melayunya amat memikat dihidangkan secara ala carte dan juga lunch buffet. Pada malamnya pula, restoran ini menghidangkan steamboat pada harga yang amat berpatutan. Walaupun ada yang berpandangan sup steamboat di sini sedikit pedas, namun masih antara yang terbaik di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Pilihan komponen steamboatnya tidaklah terlalu banyak dan bervariasi tetapi masih berbaloi dengan harganya yang murah. Selain steamboat, terdapat juga menu ala carte dan pencuci mulut tradisional yang menyelerakan.
Restoran ini amat sesuai untuk perhimpunan keluarga atau pertemuan semula sesama sahabat kerana persekitarannya yang santai. Malah terdapat juga dewan yang besar untuk majlis-majlis keramaian ataupun makan malam syarikat. Kemudahan bersolat juga terdapat di sini bagi memastikan pelanggan tidak perlu risau dengan ketibaan waktu solat. Melihat persekitaran dan suasana di sini pada waktu malam, sangat terasa keharmonian dan menampakkan betapa gembira dan bahagianya pelanggan-pelanggan di sini.
Jadi, bersiar-siar di Tasik Titiwangsa boleh dilengkapkan lagi dengan steamboat Restoran Nelayan ini.

SABA Restaurant (Cyberjaya)
4800 Suite 0-2, G-Floor, Block A1 (Jalan Perdana), 63000 Cyberjaya, Selangor
Daripada sepuluh penggemar nasi Arab, lapan orang memilih nasi Arab Restoran Saba’ Cyberjaya yang dianggap sebagai nasi Arab terbaik di Lembah Kelang. Makan di sini seolah-olah anda berada di Timur Tengah dengan menunya yang melambangkan keenakan makanan Arab.

Nasi Arab Saba Cyberjaya
Di hadapan Restoran Nasi Arab Saba
Nasi Arab Saba Cyberjaya
Cuba teka apa ini?
Nasi Arab Saba Cyberjaya
Jom makan!
Nasi Arab Saba Cyberjaya
Hadapan kedai
Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba bermula daripada Thanoush, Kebab, Khabshah, Mandy sehinggalah kepada Hanith yang boleh dipilih samada ayam atau kambing, semuanya menyelerakan. Pengunjung di sini tidak dapat bersatu memberikan saranan menu terbaik kerana semuanya boleh dianggap terbaik tetapi mereka bersatu menyatakan bahawa makanan di sini amat enak dan sangat terasa “arab”nya. Sungguhpun begitu, hidangan pencuci mulut seperti baklava dianggap biasa dan tidak setanding hidangan yang lain.
Hidangannya pula adalah di dalam “portion” yang besar sehingga ada yang mencadangkan anda berkongsi pinggan. Ada sesetengah pelanggan menganggap kadar harganya agak tinggi terutamanya bagi menu kambing. Manakala daripada segi perkhidmatannya, menu panggang dikatakan mengambil masa yang agak lama iaitu sekitar 30 ke 40 minit untuk disiapkan.
Walau apapun, kualiti masakan Arab di sini masih berbaloi untuk dicuba. Boleh baca di sini tentang nasi arab Saba
…………………………………………………………….
Tempat-tempat makan yang disenaraikan di atas bukanlah muktamad dan kemungkinan masih banyak tempat yang lebih baik. Namun sedikit sebanyak ia boleh memberi gambaran kepada penduduk mahupun pengunjung dari luar untuk mendapatkan makanan terbaik di Kuala Lumpur mengikut selera dan lokasi masing-masing. Anda tidak perlu bimbang kerana Kuala Lumpur tidak pernah menghampakan untuk mendapatkan makanan terbaik yang berasal dari seluruh pelusuk Negara.
Pendek kata, dari mana anda datang, apa saja yang anda idamkan, hanya perlukan sedikit kesungguhan mencarinya.