Monday, July 29, 2013

relationship.... komunikasi...Redha


Dah lama sangat tak menulis di sini..

Hari ni rasa macam terpanggil untuk menulis sesuatu... Mengenai hubungan(relationship)..

Akhir-akhir ni aku dikelilingi dengan beberapa insiden dan isu yang berkaitan relationship.. Sesuatu yang boleh aku jadikan pengajaran.. sesuatu yang boleh aku jadikan sempadan.. sesuatu yang beri kesan pada jiwa aku juga...

Hidup kita tak akan lari dari hubungan sesama manusia.. (Okay.. aku reserve lah komen aku pasal hubungan kita dengan Allah.. sebab rasa tak layak nak menulis tentang itu.. erkkk).. Hubungan kita dengan mak ayah kita.. hubungan kita dengan pasangan kita..  hubungan kita dengan adik beradik.. dengan kekasih.. dengan kawan-kawan.. dengan rakan sekerja dan macam-macam lagi la..

Semua hubungan tersebut tak banyak atau sedikit mesti melibatkan perasaan.. dan perasaan tu samada sedikit atau kuat.. besar atau kecil.. pasti melibatkan perasaan...


Dan setiap hubungan mempunyai acuan masing-masing.... membina hubungan dalam apa cara dan keadaan sekalipun bukan mudah.. sebab melibatkan jiwa, sikap, persepsi, jangkaan dan harapan yang berbeza-beza. Kerana gaya hidup dan cara kita dibesarkan tak sama. Dan perbezaan itulah sekiranya dimanfaatkan akan membuka ruang yang luas untuk pengalaman yang sangat bermakna, menjadikan kita lebih bijak dan dewasa... Namun sekiranya perbezaan tersebut tidak ditangani dengan teliti.. sebaliknya akan membawa kepada perselisihan faham.. saling menyalahkan dan sebagainya...

Dan jambatan bagi perbezaan tersebut adalah komunikasi. Dan komunikasi juga bukanlah semudah untuk disebut.. Sebab bukan semua orang mudah untuk berkomunikasi. Nak-nak pulak kalau sesuatu yang melibatkan perkara yang serius, emosi dan sebagainya. Tapi apa lagi pilihan yang ada.. Terhad juga.. sebab kalau nak harapkan belajar dari pemerhatian, kita akan tertakluk kepada penilaian sendiri yang mungkin akan betul atau salah.. sebab penilaian sendiri selalunya diperkukuhkan oleh emosi... Nak harapkan orang bantu... tak semua orang suka mengadu masalah dan minta pandangan... Dan tak semua orang yang memberi pandangan tu, akan beri pandangan yang baik... Nak simpan dan pendam dalam hati.. lama kelamaan benda-benda kecil.. lama-lama akan jadi besar... 


Bukan senang.. Halangan bagi komunikasi adalah emosi dan ego.. Sebab bila berkomunikasi, mungkin akan berlaku pertentangan pendapat.. Sentiasa merasakan lebih betul berbanding pihak yang lain... Adakala memperkukuhkan apa yang memang sedia ada dalam fikiran dan tanggapan... Bukan senang nak berkomunikasi hingga capai penyelesaian.. Tapi sekurang-kurangnya kita dan sampaikan apa yang kita rasa.. Kita dah tahu apa yang kita tak tahu... Dan kita dah faham apa yang kita tak faham atau salah faham..

Tak perlulah kita pertahankan ego hanya untuk mencari siapa yang benar dan siapa yang salah, sebab benar atau salah tu adakalanya hanya dalam persepsi manusia.


Kalau benar-benar kita hargai dan menyayangi antara satu sama lain, tak salah untuk rendahkan keegoan, mencari jalan tengah, sedikit berkorban, belajar untuk menerimabahawa tidak ada siapa yang sempurna, dan kelemahan boleh diperbaiki sekiranya diberi ruang dan dibimbing... Sekiranya kita boleh menerima segala kelebihan dan keuatannya, mengapa tidak mampu kita terima kelemahannya.. Janganlah dengan sedikit kesilapan akhirnya menutup segala kebaikannya selama ini... 

Sebab kita takkan pernah tahu bila kita akan kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup kita. Bukan mudah nak dapat orang yang benar-benar sayang kita.. sebab benda tu bukan boleh dibuat-buat.. dan sekiranya kita temui orang yang benar-benar sayangkan kita.. hargailah...



Tapi seandainya sebaliknya, dan kalau sudah tiada jalan penyelesaian... 
biarkanlah berlalu.. sebab kita takkan mampu kawal sikap, perasaan dan penerimaan orang lain terhadap diri kita... Redha dengan apa yang sudah berlaku.. Carilah kekuatan sendiri dengan panduan yang telah Allah berikan.. In sya Allah... penghujungnya akan baik.

Wallaa hu a'lam... Saya cuma mengingati diri sendiri...