Thursday, March 14, 2013

SET KESUBURAN SHAKLEE UNTUK ANDA



Impian semua pasangan yang berkahwin untuk mempunyai anak, ye lah kan anak adalah pengikat kasih sayang suami dan isteri. Bila suami isteri gaduh, mereka ubatnya. Terasa sunyi rumah bila tiada hilai tawa anak-anak kan.

Tapi, keseronokan untuk memiliki anak ini kadang-kadang terbantut dengan 'penyeksaan' ketika hamil. Muntah-muntah, badan letih, tak larat nak buat apa-apa, muka jadi kusam, badan bengkak air, berat badan mendadak naik, tapi berat bayi sama sahaja. Dan lebih memburukkan keadaan bila ada komplikasi ketika melahirkan, ini semua bagai mimpi ngeri pada ibu-ibu semua. Sebab tu ada ibu-ibu yang tidak mahu mengandung, kerana takut jadi 'monster' ketika mengandung.

Jangan risau, walaupun hamil, ibu masih lagi boleh nampak cantik, sihat dan cergas. Berikut adalah tips cantik ketika hamil:
  • Mandi Teratur
Pastikan mandi dua kali sehari, badan akan jadi segar dan mudah tidur di waktu malam
  • Menjaga Gigi
Seeloknya buat rawatan gigi sebelum hamil. Kebersihan gigi dan mulut mesti mendapat perhatian yang lebih kerana selalu muntah-muntah. Jangan sampai mulut mengeluarkan bau yang kurang sedap
  • Ambil Nutrisi Seimbang
Jaga pemakanan, ambil makan yang seimbang, makanan jajan boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada ibu dan anak di dalam kandungan. Makan sedikit-sedikit tapi kerap, jangan makan terlampau banyak kerana boleh mengundang pedih ulu hati. Amalkan makanan tambahan ketika hamil, Set Kehamilan Shaklee adalah antara yang terbaik. Siapa yang dah ambil pasti sambung untuk Set Berpantang Shaklee.
  • Bersenam
Lakukan senaman ringan, seperi berjalan laju. Melakukan aktiviti mengemas rumah juga boleh dikira sebagai bersenam. Kata Prof Muhaya, jika semasa melakukan kerja rumah dan kita letak diminda bahawa lemak di badan akan terbakar, maka hasilnya berat badan turun, berbanding dengan mereka yang hanya mengemas tanpa menyedari hakikat ini. Jadi bersenamlah dengan penuh kesedaran. Ibu hamil yang bersenam, tenyata akan lebih nampak segar berbanding dengan mereka tidak.
  • Berehat dengan Secukupnya
Seperti sunat Rasullulah, tidurlah sekejap di waktu siang. Seelok-eloknya sebelum zuhur, jangan tidur selepas perut kenyang, ini boleh bawa mudarat. Jika tidak boleh tidur, lakukan aktiviti-aktiviti yang santai menonton tv atau membaca buku. Lepas berehat urat-urat yang tegang pasti akan kendur semula. Dan ibu akan merasa lebih relax.

Diantara tips untuk kekal cantik, sihat dan cergas, adalah mengambil nutrisi yang seimbang, mungkin ada bakal ibu tidak mengambil berat tentang pengambilan makanan tambahan sepanjang kehamilan. Mereka beranggapan bahawa makanan yang diambil setiap hari sudah mencukupi kandungan nutrisi dan mineralnya. Jika kita hidup dalam keaadaan yang ideal, dengan udara, air, makanan yang tak tercemar, ya memang sudah mencukupi. Tapi lihatlah sekarang pencemaran makin menjadi-jadi, sampaikan timbul idea pengusaha untuk menyediakan makanan 'organic' kerana makanan yang tak 'organic' tidak terjamin keselematannya dari sebarang racun.  

Set Kehamilan Shaklee adalah salah satu pilihan yang ada di pasaran, memberikan nutrisi, vitamin dan mineral lengkap untuk ibu yang hamil. Agar tempoh hamil menjadi lebih manis untuk dikenang. Lagi pula ibu mesti mahu berikan yang terbaik kepada anak yang dikandungkannya. Jadi pilihlah makanan tambahan yang sudah pasti berkualiti dan memberi banyak manfaat kepada ibu dan bayi.

Apakah kelebihan yang terdapat pada Set Kehamilan Shaklee?

  • Kandungan asid folik di dalam B Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.
  • Asid folik jga menghalang ibu dari risiko kanser dan strok
  • Vita-Lea Shaklee, mengandungi zat besi yang tinggi mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah.
  • Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah bayi kurang berat badan
  • Vitamin C yang mencukupi akan membantu mengurangkan risiko terkena demam atau selsema, satu biji Vita-C Shaklee bersamaan 71/2 biji buah oren. Banyakkan....
  • Omega Guard Shaklee mengandungi DHA tinggi untuk membantu perkembangan otak bayi
  • Kalsium adalah salah satu mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrixadalah kalsium-magnesium yang membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah si ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil
  • Juga membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi
  • Energizing Soy Protein(ESP) adalah makanan berindek glisemik rendah, jadi dapat memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu.
  • Juga kandungan protein tulen ESP juga akan menghasilkan sel-sel kulit yang baru, jadi kulit ibu tampak lebih cantik dan kulit anak yang bakal lahir pun akan jadi halus, mulus dan gebu sangat.



SET KEHAMILAN SHAKLEE


Dengan mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat ketika mengandung, insyaallah bakal ibu tetap akan nampak sihat, cantik dan cergas, tambah-tambah lagi jika Set Kehamilan Shaklee menemani di sepanjang tempoh mengandung. Tiada lagi kelesuan, kerja rumah tidak terabai, masih boleh melayan kerenah anak-anak yang lain, dan paling penting cik abang juga masih mendapat layanan istimewa. Seronok bukan?

Hubungi saya untuk dapatkan Set Kehamilan Shaklee yang paling bersesuaian dengan anda. Juga pastikan anda dapat harga yang teristimewa dari saya.

Hubungi saya sekarang juga!
Your Shaklee Independent Distributor; 
♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 012-4636677 (Zam) ~~ my frenz~~

ESP Shaklee : Rahsia Sihat & Awet Muda



Mengapakah ESP Shaklee ini istimewa?

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.



Menarik tentang ESP adalah;


- ESP ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.
- ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.
- ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
- ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.
- ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru,
- ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.
- ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.
Sebabkan itu, badan kita sangat memerlukan PROTIEN. Sebabnya MAKANAN UTAMA bagi SEL ialah PROTIN. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.







Dah try minum ESP? sedap tak? bagaimana rasa ESP ni? rasa soya lah! tapi sedap. Tapi bosan gak kalau asik bancuh ngan air kosong jer. untuk variasi dan nak lagi sedap kaw-kaw, ada resepi yang sedap untuk bancuh ESP Shaklee ni



  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + SusuAnmum
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana ESP
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
ada yang lain? secara asasnya satu sudu besar ESP ni bancuh ngan satu mug air. suam atau sejuk. Jangan yang panas-panas sudah. Kang habis protein tu kang!



ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer... ia sesuai utk seisi keluarga..UNTUK: 
1. Orang yang ingin kekal sihat.. 
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga. 
3. Kanak-kanak bersekolah 
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak 
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan 
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik, 
7. Ahli sukan dan bina badan 
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik

Khasiat ESP adalah;
1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Hubungi saya sekarang juga!
Your Shaklee Independent Distributor; 
♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 012-4636677 (Zam) ~~ my frenz~~


Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Wanita Sedunia-8 Mac 2013



assalamualaikum..
Selamat Hari Wanita kawan-kawan. Moga kite makin sabar, tabah dalam menghadapi likuliku hidup sebagai seorang wanita.. tak kire la kite wanita bekerjaye ke.. pelajar wanita ke.. surirumah wanita ke.. hahaha.. da suri rumah wanita pulak.. asalkan kite adelah wanita.



Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. 

Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya. 

Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga kita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki.


Pesanan untuk wanita Sempena Hari Wanita Sedunia
1. Buangkan ‘perasaan’ lemah, mudah menyerah ‘helplessness’. Sifat-sifat pergantungan.
2. Anda seorang Wanita! Mulia! Amat berguna! Amat diperlukan!
3. Anda mempunyai ‘kuasa’ untuk melahirkan, menghidupkan, mendidik dan membentuk. Ya anda berkuasa!
4. Suara mu mungkin ‘soft’ perlahan, tetapi ianya membawa tujuan dan matlamat yang ‘besar’
5. Bahu mu mungkin tidak sekuat mana, tetapi ianya ‘BERUPAYA’ menanggung segala bebanan sebuah keluarga dengan penuh Rela.
6. Sekiranya Wanita tidak wujud di dunia semua ‘wang’ didunia tidak akan ‘bererti’ ‘no meaning’.
7. Menjadi seorang wanita, amatlah berat tugas dan peranannya. Kerana secara prinsipnya anda mesti berurusan dengan ‘lelaki’.

Wahai Wanita ku hargai diri mu! 
Jaga maruah mu.
Kuatkan Iman mu.
Pertahankan hak asasi mu
Perbanyakkan ilmu dan amal mu
Nescaya diri mu diberkati dunia dan akhirat. 
Wahai Wanita ku hargai diri mu! 
Jaga maruah mu.
Kuatkan Iman mu.
Pertahankan hak asasi mu
Perbanyakkan ilmu dan amal mu
Nescaya diri mu diberkati dunia dan akhirat. 



Thursday, March 7, 2013

SHAKLEE COLLAGEN POWDER...


Bismillahirrahmanirahim...

Panas.. panas... Semakin ramai yang teruja dek penangan Shaklee Collagen Powder ni… 

Fuhhh terbakar dengan perkongsian dari  kawan2 yang dah mencuba ni... 

Tahukah anda apa sebab UTAMA Shaklee collagen Powder soooooooo DIFFRENCE ??? sebab 

 nya adalah sebab MOLEKUL  dia. Shaklee punye molekul 1000 dalton, tahukah anda dengan

 size ni serapan dilakukan dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada 

peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan...  So dalam bahasa 

mudah bukan sekadar mudah serap, malah PENYERAPAN UNGGUL !!

Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size membantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.

Adakah Collagen Powder Shaklee selamat untuk IBU MENGANDUNG dan MENYUSU ?

Secara asasnya, kolagen tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu sebab dalam

 Collagen Powder Shaklee ni mengandungi sejenis herba bernama Pfaffia yang tidak sesuai

 dan ditakuti memberi kesan kepada ibu menyusu & ibu mengandung. Tapi jangan risau, ibu 

mengandung boleh menggunakan Collagen sebagai masker. Sekadar luaran utk masker tiada 

masalah.

Kesan dan faedah pengambilan Collagen Powder:

·         ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
·         MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
·         MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang
·         MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
·         MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
·         MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
·         MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara

Ujian klinikal yang telah dijalankan oleh Shaklee menyatakan penggunaan selama 8 minggu secara KONSISTEN untuk mendapatkan kesan2 seperti di bawah:

Meningkatkan kelembapan kulit  90%

Mengurangkan kekasaran & kekeringan  75%

Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan  71% 

Meningkatkan kelembutan & kelicinan  69%

Meningkatkan pemakaian kekal mekap  60%

Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti  55%

Meningkatkan ketebalan rambut  54%

Meningkatkan keserian, tona & warna kulit  50%

Mengurangkan garis-garis halus kedut-kedutan


Oh ya! Ramai orang kata Shaklee Collagen Powder ni harganya berpatutan, murah dan 

mampu milik compare jenama yg lain, so apa lagii ...jom kita cuba ramai...faham2 la umur 

dh meningkat kesihatan kena jaga...

sesiapa nak order leh la order kat my CLICK...Puan Zamzuriati..sbb dia dealer yg HOT di company kami berkerja (TOLONG PROMOTE) heheheh..

Sinopsis Novel 'Sehangat Asmara - Aisya Sofea'

Novel ni adalah novel kesukaan aku .. novel yang aku suka ulang baca ... best sangat jalan ceritanya .. tentang pengorbanan seorang lelaki unutk menyelamatkan keluarganya sehingga sanggup mengorbankan cintanya pada isterinya .. walau cinta mereka utuh namun tidak mampu melawan kehendak takdir ... seorang ayah yang sanggup melihat darah dagingnya sendiri menderita demi martabat keluarga .. haaaaa .. kan berat intipati kandungan ceritanya .. hehe .. jadi, jom layan sinopsis novel Sehangat Asmara ni ...



" Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara "

Sinopsis oleh : aznanie
Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.
Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.
Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.
9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.
Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.


Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.

Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.
Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.
Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.
Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.
Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...
Penulis : Aisya SofeaTerbitan : Alaf 21Point : 5/5


Sunday, March 3, 2013

Masalah Itu Bukan Saja-Saja Allah Beri

Setiap orang pasti ada masalah. Orang yang bermasalah, pastinya dia akan memiliki masa-masa sukar dalam hidupnya. Masa-masa ini harus kita hadapi dan kita cari penyelesaiannya dengan bersemangat, gigih, optimis, istiqamah, dan sabar. Sikap-sikap seperti inilah yang seharusnya muncul dalam menyelesaikan setiap masalah demi masalah ketika masalah itu hadir dalam kehidupan.  Yakinlah bahawa Allah tidak akan memberikan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita hamba-Nya


Di sinilah keimanan kita benar-benar diuji. Bersabar dan bersyukur merupakan suatu jawapan yang harus dimiliki untuk tabah menghadapi setiap masalah yang kita hadapi. Di sinilah kita akan mengetahui sejauh mana persediaan kita, kesanggupan diri kita, kesabaran kita serta rasa syukur kita terhadap masalah yang kita hadapi.

Setiap masalah dalam hidup ini haruslah dilalui dengan sikap matang dan penuh daya juang, sekalipun sukar dan kita tahu hidup ini tidaklah mudah, penuh onak berduri, yang kadangkala membuat kita terluka, perit dan sakit. Tetapi, Sesulit apapun situasi yang kita alami saat ini, daya juang kita tidak boleh padam. Kita dapat melihat dan belajar dari banyak orang di sekeliling kita yang tabah menjalani hidupnya, tidak mudah berputus asa dan pantang menyerah. Hidup ini tidak mudah, tapi kita tidak boleh Menyerah.

Yang perlu kita ketahui adalah, sesukar mana pun masalah dan keadaan yang kita alami, cuba lihat di nasib saudara kita disebelah sana, masih ada yang lebih susah jika dibandingkan dengan masalah yang sedang menimpa diri kita. Jika mereka saja boleh, mengapa kita tidak. Jadi tidak ada alasan tak boleh bagi kita sebelum kita mengusahakan yang terbaik.

Be positive. Jangan menjadikan setiap masalah yang hadir sebagai penghancur masa depan. Tetapi menjadikan masalah sebagai cabaran untuk mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri kita, iaitu potensi keimanan dan ketaqwaan.

Setiap perjalanan kehidupan seseorang sesungguhnya sarat dengan hikmah yang dapat dijadikan pelajaran hidup. Begitu juga dengan setiap masalah demi masalah yang kita alami. Kita pun harus belajar untuk tidak mudah menyerah dengan kekurangan. Berdoa sudah seharusnya dilakukan setiap muslim, walau apa pun situasinya, dimana pun dan bila-bila pun.

Tidak perlu menunggu saat susah. Sentiasa berbuat baik dan selalu mohon ampun kepada Allah, Insyaallah kita akan ditolong oleh-Nya. Ketika kegundahan, keserabutan dan masalah hidup itu hadir, ingatlah bahawa Allah itu tidak hanya sedang menguji kita.

Be Positive. Keep smile


Penawar Sakit Hati


Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.
Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa  ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi,  manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.
Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.
Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya. Na’udzubillaahi mindzaalik.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?

Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang
3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Tentu, perkara ini  yang tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukanOrang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.