Sunday, February 24, 2013

KETIKA DIKECEWAKAN CINTA


Sebagai manusia biasa, ada hal lain yang luar biasa Allah berikan sebagai kurnia-Nya kepada kita. Kita diberikan satu nikmat berupa perasaan yang mungkin secara ilmiah tak dapat dirumuskan dari mana dan bagaimana perasaan itu tercipta. 

Namun itu adalah satu kurniaan yang patut kita syukuri sebagai seorang insan, kerana rasa itu ‘khusus’ diberikan hanya pada kita sebagai makhluk-Nya sebagai seorang manusia. 

Sebagai manusia normal, manusia inginkan rasa bahagia, rasa cinta, rasa senang atau apapun segala rasa yang menyenangkan hati saja yang melekat dalam kehidupan seharian. Kalau boleh, tak mahu langsung ada rasa sedih, kecewa, pun takut dan sebagainya..

RASA KECEWA?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” ~ Surah Al-Imran ayat 139

Seperti yang pernah saya ungkapkan dalam blog saya sebelum ini, rasa memang tak selalu muncul dalam saat yang menggembirakan. Ketika detik ini anda senang, mungkin saja sedetik kemudian anda akan berubah untuk berduka. 

Jadi..

Pujuklah diri, putus cinta mungkin juga disebabkan:

1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.

2. Allah akn kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.

3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepada-NYA.


5 Perkahwinan Paling Mahal di Dunia


Amit Bhatia and Vanisha Mittal
Tarikh Perkahwinan: June 22, 2004
Kos : RM 235 juta
Vanisha Mittal adalah anak perempuan pemilik syarikat keluli terbesar diduniamanakala Amit Bhatia adalah pelabur yang berpangkalan diLondon. Dua dua jutawan India yang meletops gila. Ampa tau la Indian wedding memang gila extraveganza punya. Sampai bermalam-malam. Depa dua ni punya wedding saja dah 6 hari 6 malam ini menggunakan 12 pesawat jet untuk menerbangkan 1000 tetamu untuk ke lokasi yang meletops di Grand Versailles di Paris dan menampilkan 45 orang chef, 10,000 bungakek perkahwinan yang besar dan semua tetamu wanitamendapat goodie bag yang penuh dengan pelbagai barangan mewah.Not only that, kelab malam di seluruh bandar telah disewa supayapasangan itu boleh berparty sakan u olls! Kau mampu. 
Ampa tau sapa mai menyanyi dan membuat persembahan masa depa kahwin? Aishwarya Rai, Akshay Kumar, Shah Rukh Khan, Saif Ali Khan, Rani Mukherjee and pop star Kylie Minogue. Bercakap mengenai wedding invitation cars pulak, they olls membuat kad yang mengandungi 20 muka surat yang diletakkan dalam kotak perak. Gila babss okay!


Kate Middleton and Prince William
Tarikh: April 29, 2011
Kos: RM102 juta

Perlukah akak cerita lebih banyak lagi pasai wedding depa dua orang ni? Akak pun dah tulis satu page penuh pasai wedding depa saja hari tu. And kita semua pun tau, Monarki Kerabat Diraja British memang terkenal dengan perkahwinan depa yang meletops tip tops ala-ala fairy tale gitu. Untuk perkahwinan Kate and Prince William depa membelanjakan RM409 000 untuk cincin Kate saja, RM241000 untuk kek kahwin,RM211000 untuk baju kawen dia yang meletops itu, RM2.4 juta untuk bunga bungaan (termasuk pokok-pokok meletops dalam gereja tu kot!), RM1.8 juta untuk wedding reception, bilik hotel mewah untuk setiap tetamu yang hadir berharga RM1600 semalam dan of coz kita tak boleh lupa segala butiran keselamatan yang wajib untuk majlis yang berprestij ini. Paling meletops sekali depa buat live telecast untuk satu dunia tengok wedding cucu depa ni. Yang tu paling akak tabik spring okay.


Al-Muhtadee Billah and Sarah Salleh
Tarikh: September 9, 2004
Kos : RM17.1 juta

Haaa! Ampa mesti teringat masa anak Sultan Brunei ni kahwin dengan seorang gadis bernama Sarah.
Perkahwinan diraja yang berlangsung selama satu minggu itu lengkap dengan banyak pertunjukan bunga api, 103 limozin dan yang paling penting sebuah mahkota emas untuk pengantin perempuan. Baju pengantin perempuan juga diperbuat daripada benang emas bertatahkan berlian betui naaaa! Tak main svaroski ni semua.  


Liza Minnelli & David Gest
Tarikh : March 16, 2002
Kos : RM12.6 juta

Liza Minneli ni seorang diva lama kat Hollywood dia kawen dengan David Gest ni seorang producer. Mat saleh especially celebrities macam ni kalau depa kawen of coz perabih banyak kat arak la. Wine saja mesti dah beratus-ratus ribu ringgo Pastu baju semua and bunga. Yang penting, ampa tau sapa jadi depa punya pengapit? It was Michael Jackson and Elizabeth Taylor. Dua dua tu pun dah jadi mendiang. Tapi lagi menyedihkan ialah lepas setahun depa kawen, depa dua bercerai sebab dua-dua depa mengadu pasai ketagihan dadah. GILA MEMBAZIAK DUIT!


Paul McCartney & Heather Mills
Tarikh : June 11, 2002
Kos :RM12.6 juta

Bekas ahli kumpulan Beatle iaitu Sir Paul McCartney berkahwin dengan seorang model Heather Millsdi sebulah istana di Ireland. Majlis perkahwinan privasi ini dihadiri oleh 300 tetamu yang terdiri daripada para VVIP dari UK dan US. Yang pentingnya lepas wedding tu, depa semua berhibur dalam satu ballroom yang meletops dan menaiki kapal mewah ya. Tapi yang lagi bodoh ialah, selepas beberapa tahun depa bercerai dan kos perceraian depa adalah lebih mahai daripada kos depa kahwin iaitu sebanyak RM146 juta.

Thursday, February 21, 2013

Fizz Fairuz putus tunang, bakal isteri itu isteri kedua orang

Assalamualaikum WBT

Mesti ramai yang dah tahu pasal ni tunang Fizz Fairuz isteri orang ??..biar betul..tak sampai sebulan..dh putus alamakkk (dgr kat radio ERA..RAdio No.1 di Malaysia) rupa-rupanya tunang Fizz Fairuz isteri kedua seorang usahawan. Apabila menyedari akan hal itu, Fizz Fairuz segera memutuskan pertunangan yang baru berusia hampir seminggu itu.


Fizz Fairuz juga turut mendakwa yang dirinya mungkin terkena perbuatan orang. Almy Nadia juga pernah menasihatkan Fizz agar berubat. Fizz Fairuz mengaku bahawa hubungannya bersama wanita kini telah berakhir kerana merasa tertipu apabila mengetahui status sebenar wanita tersebut. lain kali dgr ckap hehehehhe!!!1

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.
yang pelik nya bagi eden la.. fizz fairuz kenal sudah lama dgn Almy tak mau tunang pun..ni baru kenal setahun dh tunang....hmmmm pelik2
Nama bekas tunang Fizz ( nak kata putus @ tidak eden tak tahu) Azlyn Massiela. dia pun bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan... tapi yang pelik nya kan kenapa la si Azlyn ni macam sanggup je menipu?? kesian si Fizz Fairuz..

  

Eden tak tau nak komen apa tapi benda tunang nikah kawin ni adalah benda yang perlukan perancangan yang teliti sebenarnya.Sepatutnya kita ni dah kenal bakal tunang ke bakal isteri ke kenal family dia orang supaya tak jadi kes kes macam ni la.

Korang pulak macam mana? Apa pendapat korang? Apa apa pun ini semua dah tertulis untuk si Fizz Fairuz kita doakan yang terbaik la untuk dia orang.

p/s : malu weh kalau aku jadi pompuan tu..jadikan teladan ye kawan2 cerita2 macam ni
petikan dari Beatifulnara, Kata Almy 
Pengajaran yang boleh saya simpulkan di sini, ianya adalah hukum karma iaitu seseorang itu akan mendapat balasan terhadap apa yang telah dilakukannya. Nasihat saya, hargailah orang yang kita sayang dan janganlah sesekali mengabaikannya. Jangan nanti apabila kita memerlukan orang itu, maka dah terlambat. Selebihnya saya tidak boleh komen dan enggan masuk campur"



Wednesday, February 20, 2013

Sedih kawan2 berhijrah aigooo


Semenjak duamenjak ni ramai kawan2 rapat mula menyerahkan surat perletakan jawatan sbb dapat OFFER kerja baru..nk larang pun tak leh  kalau diorang ok, aku pun ok la...just support ...mybe rezeki mereka bersama GCSM , TM GLOBAL tak ada ..aku respect hak setiap orang. Nak berhenti atau nak bekerja adalah hak milik setiap insan (macam iklan kosmetik pulak). So, kawan2 nak berhenti untuk kerja lebih baik, redhakanlah.

Jadi, jika kita atau rakan sekerja berhenti kerja, tak ada sebab kukuh kenapa kita atau mereka perlu bersedih. Tak ada untung atau rugi pun pada kita. Kita mungkin patut rasa gembira bagi pihak kawan kita yang berjaya dapat gaji lebih tinggi di syarikat baru nanti, atau jawatan lebih besar . Memang tak ada sebab untuk sedih kan?

Cuma yg sedih member2 yg berhenti ni yg dah lama kenal. Takat nak minum2, bila2 pun boleh.  "We are freinds, and resigning not stop our friendship. I'm professional and i meet them after working hours". cewahhhhh falsafah plak..hahahah

P/s : klu korang2 yg ade dapat peluang yg lebih jauh tak kisah laa dpt kerja or smbung blaja. Jangan tolak semua tu. Tu semua rezeki..peluang tak akan dtg utk kali kedua. Anggap tu smue 1 hijrah..utk memajukan diri sendiri. Okey ea kengkawan..hehehe buat pilihan yg terbaek!!




Tuesday, February 19, 2013

BANJIR DI PUCHONG - 18/2/2013 !!! AIgoooo

Aigoooooo......Banjir kilat yang melanda Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) di Puchong semalam..berhadapan pusat membeli belah, IOI Mall...tempat kita dok g wayang hehehehe...Hujan lebat sikit, sudah tentu kejadian banjir kilat akan berlaku. Memang susah nak dielakkan dan menyebabkan longkang tidak boleh menampung jumlah air besar . 

Banjir kilat yang melanda Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) di Puchong.

Air naik sehingga 1.5 meter di kawasan persimpangan Bandar Puteri kira-kira jam 5.30 petang tadi yang menyebabkan sebuah bas, dua buah lori dan dua buah kereta mengalami kerosakan. 
Memang dasyat dan satu kejadian yang merugikan banyak pihak.

Keadaan parkir kenderaan di IOI Mall

Banyak gak kereta yang tenggelam kat area IOI Mall Puchong ni. 
"Punca banjir dipercayai disebabkan longkang tersumbat,"
 Berikut ialah beberapa gambar banjir teruk yang telah di capture oleh rakan-rakan Facebook di sekitar Bandar Puchong.

Banjir Puchong 3

Banjir Puchong 2



Hujan lebat selama 4 jam itu telah menyebabkan air naik sehingga ke bahagian bawah pusat membeli belah tersebut.Banjir kilat ini juga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk disamping meyebabkan kerosakan kepada beberapa buah kenderaan.


Sama-sama juga kita doakan agar kejadian ini tidak berulang lagi di lain masa.


Thursday, February 14, 2013

Lagu Terbaru Shila Amzah - Masih Aku Cinta

Shila Amzah telah mengeluarkan lagu baru yang bertajuk “Masih Aku Cinta“. Lagu ini ditujukan khas buat Sharnaaz Ahmad. Bait-bait lirik yang ada di dalam lagu ini memang menusuk kalbu.



Lirik Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka
Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta
Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua
Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Wednesday, February 13, 2013

Ibu Catriona Ross maut dalam kemalangan


Al-Fatihah...

“Saya reda dengan pemergian ibu saya kerana Allah lebih menyayanginya,” kata pelakon, Catriona Ross Bahrain, 32 yang mengesahkan kematian ibunya, Siti Zawiah Ab Rahman, 63 dalam kemalangan maut di Gerik, Perak, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Menurut Catriona, dia dihubungi keluarga di Kota Bharu mengenai kemalangan itu kira-kira jam 5 pagi dan terus bergegas ke Hospital Gerik bersama suami dan ahli keluarga lain.

Ketika Harian Metro menghubunginya pagi tadi, suara pelakon itu kedengaran tenang dan dia sedang menunggu pihak hospital menguruskan jenazah ibunya sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu untuk dikebumikan selepas Asar.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Titiwangsa.

Mangsa bersama dua lagi Norimi Ghani, dan Sitah Abdullah, kedua-duanya 40, maut di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan yang berusia 40-an, cedera.

Kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dinaiki empat mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapan sebelum dirempuh sebuah bas ekspres yang berada di laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala, pemandu kereta yang cedera dirawat di hospital sama.

“Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan seperti insan yang lena dibuai mimpi. Saya akan sentiasa merinduinya," kata Catriona dalam status Facebook beliau.

Dalam pada itu, Catriona memberitahu, jenazah ibunya akan dikebumikan di kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. 



GAMBAR KENANGAN... Allahyarham Siti Zawiyah Ab. Rahman (dua dari kanan) bersama suaminya, Baharin Ross Abdullah (tengah) semasa majlis pertunangan anak mereka, Catriona Ross (kiri sekali) dengan Shaharuddin Moktharuddin (kanan) di Kota Bharu pada Oktober 2008. Dua dari kiri adalah ibu Shaharuddin, Azizam Ahmad. - UTUSAN