Tuesday, March 19, 2013

11 Hadiah Hari Jadi Yang Sesuai Untuk Lelaki

Sempena bulan MARCH tinggal 2 minggu kita akan ke bulan APRIL ni saya nak kongsikan sikit pasal hadiah birthday untuk orang lelaki ni. Selalukan mesti kita confius nak bagi apa. Takut lelaki tak suka. Maklumlah lelaki kan agak cerewet. Diorang sanggup berhabis duit untuk beli barang yang mahal tapi berkualiti berbanding harga murah tapi takda kualiti. Itu lah lelaki yang saya tahu. 

betul tak Jong Hoon..?? hehehe so cute :-)

Disini saya senaraikan benda yang sesuai dan boleh dijadikan hadiah hari jadi untuk lelaki antaranya :

1. Minyak wangi
Lelaki ada dua jenis satu jenis pemakai minyak wangi, satu lagi sebaliknya. So kenal pasti si dia jenis yang bagaimana. Takut kalau dia memang tak suka pakai perfume mungkin sebab alergic. 

2. Wallet
Hadiah nie paling famous kot. Wallet dan lelaki mana boleh dipisahkan kan? Tapi kalau nak beli janganlah beli wallet cap ayam. Memang confirm si dia tak akan pakai. Kalau boleh kan kita tengok wallet sidia yang sedia ada. Then kalau nak bagi hadiah beli wallet pattern lain dari yang dia pakai. Baru si dia lebih teruja. 

3. Belt @ tali pinggang
Yang nie pon kebiasaan lelaki mempunyai banyak koleksi belt / tali pinggang. So boleh jer kalau kita nak bagi tali pinggang untuk si dia. Bila si dia pakai terus teringat kat kita ? Eh, ye ke ? hehe.

4. Baju
Ramai orang kata bila bercinta, bertunang ker tak elok bagi baju kepada pasangan kerana nanti hubungan pasangan tu tak kekal lama. Yang ni memang aku bangkang! Ingat jodoh adalah kuasa Tuhan. Kalau pon kau kata sebab baju itu adalah kebetulan semata-mata. So gurls jangan percaya dengan kepercayaan karut ok!  

5. Jam
Kalau nak bagi hadiah jam memang perlukan kos lebih sikit lah. Sebab semua orang tahu harga jam of course beratus-ratus kan. Takkan nak beli yang cap ayam kot ? So kalau tak ada duit beratus-ratus tu lupakan jer lah hasrat untuk memberi jam. Sebab? Tahu kan lelaki pentingkan kualiti? Kenalpasti si dia suka style jam yang bagaimana then barulah memilih.

6. Pen 
Hadiah pen paling exclusive bagi saya. Walaupon simple tapi sangat bermakna dan penting kepada lelaki yang berkerjaya. Tak percaya tanya lelaki. Eh, betol ke? hehe. 

7. Gadget
Wah!!! hadiah yang nie paling ditunggu oleh lelaki. Kalau dia pakai handphone 3310, korang upgrade lah handpone yang si dia pakai. Kalau kau tahu si dia aim ipad dan kau mampu, so tak salah kalau kau memenuhi impian si dia. Pasti si dia suka :) Ataupon gadget lain seperti mp4, ps3 atau laptop misalnya? 

8. Aksesori
Kalau bab aksesori nie luas. Banyak benda korang boleh bagi contoh kalau si dia sukakan fotografi, kau boleh belikan lens ataupon yang berkaitan dengan kamera. Kalau si dia sukakan komik boleh belikan si dia kartun ataupon gundam. Ataupon kalau si dia kaki bola boleh belikan kasut bola sebagai hadiah. sweet kan? 

9. Majlis hari jadi
Perasan tak lelaki jenis tak kisah kalau tak celebrate hari jadi mereka? So apa kata bila tiba hari jadi mereka kita buat suprise party untuk mereka. Pasti mereka teruja dan terharu. Hmm maybe bila dah kahwin nanti la baru  saya buat suprise party untuk si buah hati. hehe. 


10. DIY birthday card
Haaa DIY birthday card memerlukan kreativiti kita. So u olss boleh jer google untuk cari idea membuat birthday card untuk mereka. Pasti mereka rasa lebih dihargai kerana kita sanggup membuat sendiri dari membeli. :P


11. Kasih sayang
Yang nie lebih besar dari 10 kat atas. Kasih sayang yang mereka perlukan dari kita melebihi dari kebendaan. Pada mereka memadai sekiranya kita sayang mereka dan itu merupakan hadiah paling besar untuk mereka. Ye yang ni saya setuju. 


Susah sebenarnya nak cari hadiah untuk lelaki. Tapi untuk perempuan paling senang nak cari. Dan ini pon diakui sendiri oleh kaum lelaki kan? So kesimpulannya kenalpasti lah keinginan dan kehendak pasangan atau lelaki itu untuk memudahkan kita mencari hadiah yang sesuai untuk mereka.


ok..selamat berfikir & renung2kan lah...byee byeee 

5 comments:

  1. hoi x payah nak copy paste sgt lah..meluat aku tgk..post org lain pun kau nak copy..

    ReplyDelete
  2. Untuk jam tu beli je jam tawaf, jam istimewa, cantik, pelik pun ada.....tapi islamik....
    http://www.muslimchoices.com/?p=jam_tawaf_tali_kulit&s

    ReplyDelete
  3. Senarai idea hadiah hari jadi untuk suami yang bagus. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. memang susah nak cari hadiah untuk lelaki. tapi takpe saya ada banyak koleksi hadiah yg sesuai utk dihadiahkan pada lelaki. salam singgah disini :)

    www.kedaihadiahonlineku.com

    ReplyDelete
  5. memang susah nak cari hadiah untuk lelaki. tapi takpe saya ada banyak koleksi hadiah yg sesuai utk dihadiahkan pada lelaki. salam singgah disini :)

    www.kedaihadiahonlineku.com

    ReplyDelete